"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki ditahan bawa isteri berusia 12 tahun ke hospital

Jiansu – Seorang lelaki ditahan selepas membawa seorang budak 12 tahun yang mengandung didakwa isterinya  ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Gadis yang tidak dinamakan itu dibawa ke hospital oleh seorang lelaki berusia 40 tahun bersama dengan seorang wanita yang didakwa sebagai ibu mertuanya.

Ketiga-tiga mereka tiba Hospital Xuzhou City, timur China, wilayah Jiangsu mendakwa gadis itu sedang mengandung tiga bulan dan perlu menjalani ujian rutin bagi memastikan janin sihat.

Lelaki serta ibu mertua berkata, gadis itu berusia 20 tahun, namun pasukan perubatan segera memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan apabila mendapati gadis berkenaan masih muda bukan seperti didakwa lelaki tu.

Doktor yang cuba menyoal gadis itu gagal mendapat pengesahan daripanya kerana dia tidak bercakap dalam bahasa Mandarin.

“Ia jelas menunjukkan dia hanyalah seorang budak, bukan seperti gadis berusia 20 tahun,” kata salah seorang kakitangan hospital berkenaan.

Dalam pada itu, suami gadis itu meminta pihak hospital hanya memeriksa isterinya dan tidak perlu bertanyakan banyak soalan kepadanya.

Polis yang tiba di hospital kemudian mendapati gadis berkenaan tidak mempunyai kad pengenalan China dan berkata gadis berkenaan mungkin adalah warga asing dari Asia Tenggara.

Bagaimanapun, identiti sebenar gadis itu masih belum dapat dipastikan dan siasatan lanjut sedang dijalankan pihak berkuasa

Penyiasat mengesyaki dia berkemungkinan diculik atau dibeli untuk dijadikan pengantin perempuan untuk berkahwin dengan warga tempatan.
-kualalumpurpost

Gambar Jamal pak tongkol julang bayi dengan pistol tersisip dipinggang tersebar

MALAYSIA DATELINE
'Perang gambar' antara ketua geng baju merah Datuk Jamal Md Yunos dengan penyokong Bersih semakin menjadi-jadi apabila foto tanpa baju ketua Umno bahagian Sungai Besar itu disebarkan di media sosial.

Jamal menjulang seorang bayi dengan pistol tersisip dipinggang.Setelah memuat naik foto mirip menteri besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dengan seorang wanita di tandas di laman facebooknya, foto Jamal yang tidak berbaju dengan pistol tersisip dipinggang dan sedang menjulang seorang bayi disebarkan di internet.

Jamal sebelum ini dibidas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin kerana mengadakan sidang akhbar di dalam tandas di bangunan Umno Selangor di Shah Alam setelah mengoyak dan mencampak surat tuntutan permohonan maaf Bersih ke dalam lubang tandas.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menuntut permohonan maaf itu apabila Jamal mendakwa badan NGO itu diresapi militan IS @ Daesh.

Jamal di laman facebook miliknya hari ini memuat naik foto dakwaan skandal seks di dalam tandas yang dikaitkan dengan Azmin oleh blog pro-Umno sekitar tahun 2012.

Tindakan itu dibuat bagi menjawab kenyataan Dr Afif bahawa "hanya syaitan yang suka duduk di dalam tandas".

Dr Afif juga dalam sidang media semalam menyifatkan tindakan Jamal sebagai bertentangan dengan budaya Melayu.

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafie dilapor menyarankan pihak media agar tidak lagi melayan atau memberi liputan kepada Jamal.

Ini kerana Jamal, ujarnya menggunakan gambar fitnah yang sering kali digunakan kepimpinan Umno apabila terdesak.

Dalam perkembangan berkaitan, Maria Chin memfailkan tuntutan samannya terhadap Jamal di mahkamah hari ini.

Saman dikemukakan peguam N Surendran dan Melissa Sasidaran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Maria bagaimanapun tidak dapat hadir di mahkamah kerana berada di Kedah menghadiri majlis berkaitan Bersih.

Beberapa rakan Dr Fauziah dibogel ketika pemeriksaan Israel

Wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan 'Women's Boat to Gaza' (WBG) Dr Fauziah Mohd Hasan selamat tiba di tanah air, malam ini.

Beliau yang menyertai misi kemanusiaan ke Palestin gagal untuk sampai ke Gaza setelah kapal Zaytouna-Oliva yang dinaikinya ditahan tentera Israel pada Rabu lepas.

Bagaimanapun, Dr Fauziah, 59, berkata ketika berada di atas kapal yang ditawan tentera Zionis untuk menuju ke Israel, beliau bersama 12 rakannya yang lain telah menjadi saksi kepungan rejim itu ke atas Palestin apabila melihat perbezaan suasana malam di Gaza dan Israel.

"Kami menangis, mengalirkan air mata melihat kawasan Israel yang begitu meriah diterangi lampu-lampu bergemerlapan, manakala keadaan di Gaza suram, menunjukkan salah satu bukti penindasan Israel ke atas Gaza," katanya kepada media selepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.

Walaupun kurang sehari mereka ditahan rejim Zionis dan dilayan dengan "agak baik", namun baginya itu hanya tindakan propaganda Israel untuk menunjukkan kepada dunia bahawa mereka bukanlah kejam.

"Ketika ditahan beberapa rakan kami telah dibogelkan untuk pemeriksaan, dan mujur saya tidak melalui pemeriksaan itu mungkin kerana status saya sebagai seorang doktor," dakwanya.

Menceritakan detik-detik sebelum ditahan, Dr Fauziah berkata beliau dan rakan-rakan misi bertindak membuang semua barangan tajam seperti pisau dan barangan elektronik termasuk telefon bimbit, tablet dan komputer riba apabila sedar kehadiran tiga buah kapal tentera berhampiran kapal mereka.

"Kami berulang kali berkata kepada tentera-tentera tersebut bahawa kami datang dalam keadaan aman dan mahu menuju ke Gaza, namun mereka dengan tegas menyuruh kami untuk berpatah balik," katanya yang menambah ketika ditahan kapal mereka hanya berada pada 35 batu nautika dari Gaza.

Katanya setelah pihak mereka bertegas untuk tetap bergerak menuju ke Gaza, kapal mereka telah dipintas dan kemudian tentera tentera Israel yang masing-masing lengkap bersenjata beserta dengan kamera GoPro masuk ke kapal mereka dan mengarahkan kesemua anak kapal untuk menyerah diri.

Kapal membawa misi kemanusiaan yang berlepas pada dari Barcelona, Sepanyol pada 15 September dengan membawa 10 aktivis wanita dan tiga anak kapal itu bertujuan untuk memecahkan kepungan haram Israel ke atas Gaza sejak 2007 sebelum ditahan pada Rabu malam (waktu Malaysia) oleh tentera Israel.
-Bernama