"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dah nak masuk dua tahun Anwar Ibrahim jadi PM, mana potret rasmi?

Harapandaily

Sudah hampir dua tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri tetapi gambar beliau rupanya tiada terpampang di bangunan kerajaan negeri Terengganu.

Orang ramai mulai menyedari potret rasmi Perdana Menteri tiada dalam susunan gambar berbingkai yang digantung dalam premis kerajaan ditadbir Pas itu.

Reaksi itu susulan pertemuan Anwar dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad semalam.

Rata-rata mempersoal kegagalan pihak kerajaan negeri Terengganu yang dilihat tidak menghormati kedudukan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan Persekutuan.

Untuk rekod, potret rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebagai Ketua Utama Negara bagi Persekutuan belum dikeluarkan.

Sebelum ini, gambar PM Tan Sri Mahiaddin Md Yassin ada digantung di pejabat MB berkenaan. (Gambar bawah)

Lelaki bakar kereta, rumah bekas isteri

KOSMO
Suspek membakar kereta dan rumah mangsa sebelum menyerah diri kepada polis. – iNews
JAKARTA – Seorang lelaki di Majalengka, wilayah Jawa Barat menyerah diri kepada polis selepas mengaku membakar rumah dan kereta bekas isterinya, lapor portal berita Okezone hari ini.

Suspek yang dikenali sebagai Asikin, dilihat tertunduk lesu ketika diiringi anggota polis selepas menyerah diri.

Dia menyerah diri selepas ibu dan bapanya menghubungi seorang bekas ketua kampung, yang kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis.

Polis turut merampas sebuah van yang digunakan oleh suspek ketika membakar rumah dan kereta mangsa.

Laman berita iNews melaporkan,  kejadian  kelmarin itu berpunca daripada pertengkaran antara Asikin dan mangsa.

“Dua minggu lalu, kedua-dua mereka dilihat bertengkar. Penduduk tidak menyangka perkara itu akan berlarutan seperti ini,” kata seorang pegawai Kampung Kumbung, Ikin.

Katanya, suspek membakar kereta mangsa terlebih dahulu yang ketika kejadian, diletakkan di hadapan sebuah pasar mini.

“Selepas membakar kereta, suspek membakar pula rumah bekas isterinya, Yeni di Kampung Kumbung, daerah Rajagaluh,” kata Ikin. – AGENSI

Pusat hiburan terbakar dibaling bom petrol

Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my
(kiri) TANGKAP layar CCTV menunjukkan empat lelaki menaiki motosikal dipercayai membaling bom petrol terhadap sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur, awal pagi tadi. (kanan) Tangkap layar video menunjukkan orang awam membantu memadamkan kebakaran pusat hiburan berkenaan. VIDEO Viral
(kiri) TANGKAP layar CCTV menunjukkan empat lelaki menaiki motosikal dipercayai membaling bom petrol terhadap sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur, awal pagi tadi. (kanan) Tangkap layar video menunjukkan orang awam membantu memadamkan kebakaran pusat hiburan berkenaan. VIDEO Viral
Kuala Lumpur: Sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng, di sini, terbakar selepas dipercayai dibaling dengan bom petrol, awal pagi tadi.

Terdahulu, satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 45 saat berhampiran premis terbabit tular di media sosial, hari ini.

Rakaman itu menunjukkan empat lelaki menaiki dua motosikal berhenti di hadapan premis terbabit dan membaling dua bom petrol sebelum beredar dari lokasi kejadian.

Satu lagi rakaman video berdurasi 42 saat yang turut tular di media sosial pula menunjukkan premis berkenaan terbakar dengan terdapat orang awam membantu memadamkan kebakaran.

Berdasarkan tarikh dan masa yang terdapat pada rakaman video CCTV terbabit, kejadian itu berlaku jam 2.18 pagi, 9 Mei (hari ini).

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Nazron Abd Yusof ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

"Kita ada menerima laporan berhubung kejadian itu dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api.

"Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan. Berdasarkan rakaman CCTV itu, kejadian berlaku jam 2.18 pagi tadi tetapi masa sebenar kejadian masih disiasat," katanya.