"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mengapa PAS Hilang Undi Melayu di Bukit Gantang?

Saya berasa terpanggil untuk memberi beberapa analisa saya terhadap kemerosotan undi Melayu di Bukit Gantang. Pertama sekali, saya harus menyatakan fakta dahulu. Mengikut beberapa kajian, undi Melayu yang didapati oleh PAS dalam PRU 2008 adalah sekitar 47%. Di dalam Pilihanraya Kecil, baru baru ini, PAS mungkin mendapat sekitar 43-45% undi Melayu mengikut beberapa anggaran. Bagi saya sendiri, saya berpegang dengan tahap Undi Melayu di 45%. Ini bererti PAS mengalami kemerosotan undi Melayu sekitar 2% berbanding 2008.

Faktor utama kemerosotan undi Melayu yang dialami oleh PAS adalah faktor calon BN itu adalah orang tempatan serta anak jati Bukit Gantang. Sudah tentulah ramai kenalan Ismail Saffian sewaktu beliau membesar di Bukit Gantang serta jiran tetangga, sahabat handai, saudara mara, kawan dan sahabat andai ibu dan ayah beliau dsbnya yang akan mengundi beliau. Faktor keluarga dan tali persaudaraan biasanya memberi kesan sebanyak 2-4% di atas keputusan pilihanraya.

Berbanding dengan calon PAS, YB Mohd Nizar, yang tidak pun mengundi dalam Bukit Gantang dan tidak pula dilahirkan serta dibesarkan di Bukit Gantang.

Faktor lain yang menyebabkan undi melayu jatuh adalah strategi PAS sendiri yang hanya mahu bertahan sahaja sepanjang kempen. PAS dilihat tidak mahu menjawab atau menumpulkan serangan UMNO ke atas nya. PAS membiarkan UMNO memfitnah dan menista PAS.

PAS lebih tertumpu menjaga undi-undi yang PAS telah dapati sewaktu PRU 2008. Segala fitnah dan nista terhadap PAS dibiarkan sahaja berlaku tanpa jawapan yang konkrit.

Saya yakin undi Melayu kepada PAS pasti naik sekiranya PAS tidak mengambil sikap bertahan seperti itu. Sekurang-kurangnya, PAS mampu mendapat 50% dari undi Melayu di Bukit Gantang.

Misalnya UMNO menggunakan isu kononnya Nizar hamba DAP. Ini satu fitnah yang jelas dan penipuan yang sangat jahat. Sepatutnya, Nizar mencabar Zahid Hamidi atau Najib Tun Razak untuk berdebat secara terbuka. Biarla diorang tak datang ke perdebatan itu pun, yang penting program tersebut tersebar di seluruh Bukit Gantang. Kalau mereka tak datang, bererti mereka menipu dan tidak mampu mempertahankan tuduhan mereka.

Satu lagi contoh ”menyerang” yang boleh digunakan oleh PAS adalah seperti yang saya tunjukkan dalam artikel saya: ” Antara "Islam-DAP" PAS Dengan "Islam-Tokeh Judi" UMNO ” (http://www.malaysiawaves.com/2009/04/antara-islam-dap-pas-dengan-islam-tokeh.html)

Dengan kata lain, penurunan undi Melayu ini adalah hasil kerja PAS sendiri dan bukannya atas kekuatan UMNO semata-mata. Tak perlulah pihak UMNO mendabik dada kononnya mereka lebih diterima orang Melayu berbanding dgn PAS.

Apa yang hebatnya UMNO kiranya segala isu kempen mereka adalah fitnah dan penipuan semata-mata?

Kepada PAS juga, diminta jgn putus asa kerana segala fitnah UMNO ini akan hilang. Dan, apabila fitnah ini hilang, maka UMNO akan ditinggalkan orang Melayu dan semua orang Malaysia.

Tulang Besi

http://www.malaysiawaves.com/

 

Tiada ulasan: