"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penyokong KPP harap dapat sertai PAS tahun ini

 Jimadie Shah Othman 
Penyokong PAS dari kalangan kaum India menyambut baik gesaan supaya penyertaan golongan bukan Islam sebagai ahli bersekutu dalam parti politik itu disegerakan.

Pengerusi Kelab Penyokong PAS (KPP) kaum India, N Balasubramaniam mendakwa bahawa keahlian kelab tersebut kini melebihi 40,000 orang.

"Keahlian dalam kelab ini begitu besar sekarang. Di Perak 19,000 masyarakat India mengganggotai KPP; 4,800 orang di Pahang, 15,000 di Kedah dan 5,000 di Selangor," katanya kepada 
Malaysiakinisemalam.

Beliau bagaimanapun menolak pandangan bahawa usaha untuk membuka keahlian PAS kepada bukan Islam dan menaiktarafkan KPP kepada status dewan, sebagai lambat.

"Semua pihak dalam PAS sudah menerimanya. Cuma tinggal hendak pinda perlembagaan dengan pihak pendaftar pertubuhan sahaja," katanya.

Sehubungan itu, Balasubramaniam berharap keputusan pemukiman PAS di Langkawi November lalu untuk membuka keahlian parti itu kepada bukan Islam, akan menjadi kenyataan tahun ini.

Sementara itu, beliau berkata, KPP juga telah dipecahkan kepada dua - kepada penyokong kaum Cina dan India mulai Mac lalu bagi memastikan kepentingan dan kebajikan masyarakat masing-masing lebih terjaga.

"Seperti kita tahu, golongan India masih tertinggal dalam banyak bidang berbanding kaum Cina. Jika dipimpin orang Cina, mungkin mereka tidak tahu tentang perkara ini," katanya, sambil mendakwa, kini masalah kaum India lebih mudah disuarakan.

Sejak ditubuhkan pada 2004, tidak pernah ada tokoh masyarakat India mempengerusikan kelab itu walaupun keanggotaan dan sokongan mereka terhadap PAS didakwa melebihi kaum Cina.

Minggu lalu, penasihat KPP, Hu Pang Chow mengkritik tindakan pemimpin PAS yang didakwanya "tidak serius" untuk membuka penyertaan bukan Islam ke dalam parti tersebut, menyebabkan pelaksanaannya menjadi lambat.

Dalam reaksinya sebelum ini, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Mujahid Yusof Rawa menafikan perkara itu. 

Menurutnya, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bulan lalu untuk meneliti secara lebih serius perkara tersebut dan mengemukakan cadangan teknikalnya.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: