"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Orang Lain Tidak Sebertuah SIS

Saya tak mahu bagi tahu siapa yang beri tahu saya mengenai perkara ini. Tetapi sumber muktabar ini memaklumkan secara berdepan dengan saya bahawa JAKIM memang pernah disarankan supaya memanggil SIS dan mengadakan dialog dengan mereka.

Menurut sumber itu, JAKIM tidak bersedia mengadakan dialog dengan SIS. Alasannya kalau SIS dipanggil dan dialog diadakan, tindakan itu seolah-olah mengiktiraf keberadaan SIS. Itu dikira menaikkan tocangnya dan melonjakkan namanya. Memanggil bererti mengiktiraf.

Saya tidak pasti pula, kalau-kalau ada pertemuan antara JAKIM dengan SIS selepas makluman tadi. Tapi, rasanya tiada kerana semenjak kewujudan SIS tiada pertemuan dibuat, takkanlah beberapa bulan selepas itu boleh ada pertemuan pula.

Mufti Perak kata usul yang diluluskan Pas adalah bagus. Walau pun usul itu sedang dikaji semula oleh pembawanya. Bagi Mufti Perak memang SIS patut disiasat. Menurutnya pendirian mereka berkaitan faraidh dan poligami agak lain daripada biasa. Baca sini.

Mufti Perak mahu supaya Bahagian Penyelidikan JAKIM mengemukakan kertas kajian mereka mengenai SIS untuk dibincangkan oleh para Mufti.

Kita yakin JAKIM tahu mengenai SIS semenjak sekian lama. Bahagian Penyelidikan JAKIM rasanya ada maklumat yang mencukupi mengenai SIS. Baca sini.

Mengapa JAKIM lambat dalam isu SIS? Mengapa mereka tidak bertindak sepantas isu Raja Petra Kamarudin suatu masa dulu? SIS tidak sebahaya Raja Petra? Sepanjang pengetahuan, tiada satu laporan polis dibuat oleh Ketua Pengarah JAKIM terhadap SIS. Mengapa tiada?

Mungkin kerana Raja Petra mengancam Umno dan SIS pula tidak. Kalau JAKIM tidak bertindak terhadap SIS kerana ‘ngilu’ dengan Umno, maknanya JAKIM rela orang ramai rosak angkara SIS. Asalkan Umno tidak terpalit cemar, kefahaman umum terhadap Islam tercalar tidak mengapa. Adakah itu polisi JAKIM? JAKIM ingin jadi cawangan Umno macam SPR juga?

Maknanya, kalau Mufti Perak yang berbau Umno itu mengharapkan cadangan tindakan ke atas SIS datang daripada JAKIM, harapan Mufti Perak itu sama seperti mengharap sotong berenang dengan kepala di hadapan.

Sehingga kini Pas hanya mampu berusul, itu pun kawasan yang berketuakan profesional itu bercadang untuk mengkajinya semula.Baca sini.

Mufti Perak pula tidak bersedia mengemukakan kertasnya sendiri (serupa macam private bill di dewan rakyat) untuk dibincangkan di dalam persidangan mufti-mufti. JAKIM pula belum bersuara apa-apa mengenai SIS sehingga kini.

SIS masih lega dan bertuah. Apakan daya, al-Arqam, Jamaah Tabligh dan Raja Petra tidak sebertuah SIS.

Agaknya, JAKIM hanya akan bertindak sekiranya SIS mencabar supaya pengurusan JAKIM diserahkan saja kepada mereka? Atau, SIS mengancam Umno?

http://bongkarsauh.blogspot.com/

Tiada ulasan: