"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PKR Anti Perlembagaan

“PKR tidak senang dengan usul tersebut yang turut menggesa supaya ahli-ahli SIS menjalani pemulihan. PKR turut mengingatkan Pas mengenai kebebasan bersuara dan berpersatuan yang menjadi amalan negara moden dan demokratik.” – Mustafa Kamil Ayub, Naib Presiden PKR. (Baca sini)

Memang masuk akal kalau Umno tidak mengusik SIS. Ya, di dalam NGO itu ada puteri Mahathir dan Abdullah. SIS juga nampaknya lebih selesa dengan Umno dalam banyak hal; idea, penampilan, gagasan dan aspirasi.

Juga masuk akal kalau DAP turut selesa dengan SIS. Teresa Kok berhujah dengan hak asasi manusia dan kebebasan bersuara dan berorganisasi. Apa lagi rujukan mereka kalau bukan kebebasan dan hak asasi. (Baca sini)

Kalau Umno dan DAP tidak berminat untuk melihat bahaya SIS dari kaca mata Islam, mereka sepatutnya melihat gugatan SIS terhadap perlembagaan. Semangat perlembagaan memperuntukkan gugatan terhadap Islam sebagai gugatan terhadap perlembagaan.

Juga, tidak mengejutkan sangat kalau PKR turut memerisai SIS. Semangat agama dalam PKR sama sahaja dengan semangat agama dalam Umno. Perkara ini telah dihidu semenjak sekian lama.

Namun kalau yang memerisai PKR adalah Tian Chua atau Sivarasa Rasiah, itu tidak terlalu menjolok mata tetapi apabila yang tampil adalah Mustafa Kamil, bekas orang kuat ABIM, lulusan UIA, terasa benar janggal dan peliknya.

Tahu, Mustafa Kamil kini adalah orang politik. Sentimen politik pemimpin dan penyokong PKR terhadap isu-isu sensitif seperti murtad dan Islam liberal perlu dicermati. Namun, Mustafa sebagai seorang Muslim sepatutnya lebih mencermati tuntutan agama yang dianutinya berbanding kepentingan politik partinya.

Ada beberapa Mulahazah untuk Mustafa.

Satu – Mustafa Kamil perlu sentisitif dengan sokongan orang Islam terhadap PKR. Jangan sampai kehilangan sokongan orang Islam hanya kerana Mustafa ingin menjaga sensitiviti golongan sealiran SIS.

Dua – Berapa kerat sangat orang Islam yang sealiran dengan SIS berbanding orang Islam yang mencurigai SIS. Adakah Mustafa Kamil sanggup menjaga hati orang sedikit dan kehilangan hati orang banyak?

Tiga – Tentunya perkiraan politik Mustafa Kamil ialah menjaga sensitiviti orang bukan Islam. Pernahkah Mustafa terfikir, sehingga kini puluhan ribu orang bukan Islam bersama Kelab Penyokong Pas dalam keadaan mereka tahu sikap dan pendirian Pas terhadap isu-isu sensitif itu?

Empat – Sedarkah Mustafa Kamil bahawa sikap dan pendirian itu menambah runcing pandangan seorang dan kecurigaan sebahagian besar ahli dan penyokong Pas terhadap PKR? Kecuali Musatafa Kamil sanggup kehilangan sokongan golongan itu, Mustafa Kamil wajar mengambil kira faktor ini.

Lima – Pembelaan Mustafa Kamil terhadap SIS menyinggung perasaan majoriti orang Islam negara ini termasuk orang-orang Umno dan PKR.

Enam – Mustafa perlu mengambil kira satu perkara besar iaitu, jangan sampai orang kata ‘PKR sama saja macam Umno’.

http://bongkarsauh.blogspot.com/

Tiada ulasan: