1. Muktamar PAS sudah di penghujungnya. Perjuangan masih panjang. Jalan masih berliku. Keputusan pemilihan kepimpinan sudah diketahui.
2. Menjelang PRU 1999, PAS terus mengorak langkah, melakukanengagement luar kelompok biasa dan akhirnya PRU 2008, PAS melalui Pakatan Rakyat telah menjelaskan keputusan daripada ijtihad pimpinan PAS.
3. Soalnya selepas itu, apa sudah jadi pada umat Islam dan orang Melayu amnya? Gejala murtad tidak berkurangan, serangan dan cabaran Islam semakin bertambah dan lantang, SAR terus lenyap, tahanan ISA yang dikaitkan dengan `Islam' terus ditahan lebih panjang, biasiswa hanya dalam perlembagaan, gejala sosial orang Melayu terus menakutkan, bahasa ibunda orang Melayu makin tenggelam dan terlalu banyak 'benda dan bukan benda' orang Islam di Malaysia telah hilang.
4. Politik orang Melayu samada PAS atau Umno terus sarat dengan sabar dan bertolak ansur. PAS jangan ghairah dengan sokongan orang bukan Islam yang kecewa dengan dasar perkauman kerajaan. Dasar dan pendekatan kerajaan BN sememangnya akan lebih liberal demi mendapatkan kembali setiap undi orang bukan Islam yang hilang.
5. PAS tidak boleh melangkah ke belakang semata-mata untuk kembali pada jalan lama. Jangan bersifat romantisme. Jalan PAS telah jauh ke hadapan. Pemimpin parti perlu meneroka lebih bijak dalam menarik rambut di dalam tepung. Jangan yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berkeciciran. Bagai si Kadok menang sorak, kampong tergadai.
6. Sewaktu aku dibelasah oleh seorang 'ulama non partisan' tentang masalah PAS semakin kuat, Islam semakin lemah, aku hanya berdiam diri. Bukan aku seorang yang terlalu bertolak ansur tapi akupun setuju pandangan itu. Aku dibelasah hanya kerana aku orang PAS. Alangkah sadisnya ustaz itu.
7. Seronok tau, kita cakap yang itu salah, yang ini salah, sepatutnya begini, bukan begitu......
8. Buat kerjalah Pak khatib!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan