oleh: Anuar Ahmad | |
PERMATANG PASIR, 18 Ogos: Umno-BN sentiasa mengamalkan 'Politik Dajal' dalam usaha mengekalkan kekuasan memerintah negara. "Lantaran itu kita wajib menyingkir mereka walaupun penyakit itu sudah lama melanda negara kita,"kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ceramah di Markas Permatang Luar di sini semalam. Katanya, jika mereka terus diberi kuasa, politik seperti ini akan tetap diamalkan kerana pada mereka inilah cara terbaik lagi halal untuk mengaburi mata rakyat. "Politik Dajal ini ialah mengutamakan sahabat handai dan kaum keluarga dalam usaha mereka menyalurkan kekayaan negara dan pelbagai kemudahan,"katanya. Dalam kes Pulau Pinang, katanya, sejak berpuluh tahun BN memerintah yang sebelumnya Perikatan, apa wakil Umno buat untuk menyenangkan orang Melayu. "Wakil Umno dalam Dewan Undangan Negeri mengatasi wakil dari Gerakan dan MCA juga MIC. Cakap saja nak tolong orang Melayu. Bohong saja,"katanya. Sementara itu di tempat yang sama, Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Haron Taib sependapat dengan Dato' Seri Hadi bahawa Umno senantiasa membodoh-bodoh rakyat. "Mereka sering menggula-gula rakyat (Melayu) dengan pelbagai tawaran yang kononnya merekalah (Umno) yang hanya mampu mentadbir negara dan menyalur segala harta kekayaan,"katanya. Ingat, katanya, "kita jangan sekali-kali terperangkap dengan dakwaan mereka lagi. "Mari kita nyahkan mereka segera dan jadikan Pilihan raya Permatang Pasir sebagai medan awal untuk meruntuh kekuasaan Umno-BN pada pilihan raya kebangsaan akan datang,"katanya kepada lebih dua ribu orang yang hadir mendengar ceramah di sini. Semasa hari pencalonan semalam,calon Pakatan Rakyat dari PAS, Ustaz Mohd Salleh Man akan bertembung satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional dari Umno, Rohaizat Othman, Nama kedua-dua mereka disahkan sebagai calon selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak 15 bantahan yang dibuat terhadap mereka. Usaha seorang pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, yang pernah bertanding di Bukit Gantang dan Penanti untuk menjadi calon tidak kesampaian apabila beliau terlambat menghantar kertas pencalonan melebihi masa yang ditetapkan iaitu sebelum jam 10 pagi. Pilihan raya kecil Permatang Pasir diadakan setelah Adunnya, Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman (PAS) meninggal dunia pada 31 Julai lepas. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
UBN Najib Altantuya: Amal 'politik dajal', Umno-BN perlu disingkirkan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan