"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mohon bantuan perubatan barah otak kanak-kanak 3 tahun

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKKKP), PAS Kawasan Kubang Pasu dengan kerjasama badan bukan kerajaan (Ngo) iaitu Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) akan menggerakkan usaha mengumpul dana bagi membiayai kos rawatan adik Muhammad Qawiem Ad-Din, 3 tahun yang menghidap sakit barah otak.

Menurut Setiausaha LKKKP, Hj Hashim Abu bahawa, pihaknya telah ditemui oleh ibubapa serta kanak-kanak (Muhammad Qawiem) yang menghidap barah otak di pejabat Pembela awal minggu ini memohon sumbangan pembiayaan rawatan kerana tidak lagi mampu untuk disediakan.

Sehubungan itu, LKKKP kerjasama Pembela akan melancarkan kutipan dana tersebut bermula hari ini (18 Ogos) selama 10 hari untuk diserahkan kepada waris kanak-kanak tersebut yang akan mengadakan siri rawatan sehingga 5 tahun.

Hj. Hashim berkata, pihaknya rasa terpanggil mengambil inisiatif mencari sumber kewangan bagi membantu membiayai kos rawatan adik Muhammad Qawien Ad-Din yang menghidap barah otak, memandang ibubapanya tidak mampu menyediakan dana yang mencukupi untuk menampung kos rawatan kanak-kanak tersebut”.

“Usaha yang dilakukan ini adalah di atas kesedaran, juga melaksanakan tanggungjawab kemanusiaan ke atas mana-mana individu yang ditimpa masalah seperti kanak-kanak tersebut, katanya.

Katanya lagi, bapa kepada kanak-kanak tersebut juga memaklumkan kepada pihaknya bahawa masalah kesihatan yang dihidapi oleh anaknya adalah amat serius dan perlu mendapatkan rawatan segera dan intensif selama 5 tahun dan kos rawatan perlu disediakan sendiri”.

Sementara itu, bapa kepada Muhammad Qawiem iaitu Ridzuan Musa berkata, anaknya mula diketahui menghidap barah otak setelah membuat pemeriksaan dan rawatan dari pihak Hospital Sultanah Bahiyah (HBS) Alor Setar pada pertengahan Julai tahun ini.

“Apabila mendapat tahu bahawa anak saya menghidap barah otak… pihak HBS telah memindahkan kes anak saya ke Hospital Besar Pulau Pinang (HBPP) baha
gian Pakar Pembedahan Otak untuk membuat rawatan lanjut, katanya.

Katanya, setiap kali menjalani rawatan di HBPP, saya kena menyediakan sejumlah wang bagi menampung kos rawatan tersebut…. pendapatan saya hanya sekitar RM 800 sebulan”.

“Pendapatan saya kecil dan tak cukup.. wang gaji tersebut juga digunakan untuk menyara makan-minum serta persekolahan tiga orang anak lagi, katanya kepada wakil LKKKP dan Pembela di Jitra.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden Pembela, Mohd Dzohir Hamid yang ditemui di pejabatnya berkata, pihaknya akan melancarkan kutipan derma dengan LKKKP bermula 18 Ogos bagi membantu kanak-kanak tersebut”.

“Kutipan derma tersebut akan di buat dalam pelbagai bentuk seperti jualan kupon jamuan berbuka puasa, berkerjasama dengan pihak masjid membuat kutipan kilat ketika solat Jumaat, di samping akan mengutip dari orang ramai di tempat-tempat awam, katanya.

Dzohir berkata, “Insya allah semua kutipan sumbangan orang ramai akan diserahkan kepada ibubap dan kanak-kanak tersebut pada 28 Ogos (7 Ramadhan) depan.

Oleh itu, mana-mana individu yang ingin membantu meringgan bebanan yang ditanggung oleh ibupada kanak-kanak barah otak tersebut boleh menghubungi di talian (019-4980230 / 019-4106863) ataupun berurusan terus dengan Ridzuan Musa bapa kepada kanak-kanak tersebut di talian ( 013-505 8847 ) atau boleh terus masukkan sumbangan anda ke no Akaun Maybank : 152068705183 di atas nama NORHASRINA BT MOHD NOR --

http://www.tabung-kemanusiaan.blogspot.com/

Tiada ulasan: