"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Pemberian RM10 juta kepada Tee Kiat untuk dapatkan apa?

Oleh CHARLES SANTIAGO

Pendeda
han yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bintulu dan CEO syarikat kontraktor utama projek PKFZ, Kuala Dimensi Sdn Bhd, Tiong King Sing memberi kesan yang serius terhadap keyakinan yang dibina melalui 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri Najib Tun RazaK.

Ia memberi kesan yang besar terhadap keyakinan yang dibina di kalangan ahli perniagaan tempatan dan asing.

Ia mempersoalkan tentang amalan perniagaan di negara ini, tentang bagaimana hal ehwal urusniaga dilakukan, dilindungi dan dipromosikan.

Pendedahan mengejutkan yang dibuat oleh Tiong bahawa beliau telah memberikan 'derma' sebanyak RM10 juta kepada Presiden MCA dan Menteri Kewangan Dato' Seri Ong Tee Keat menjadikan skandal PKFZ semakin rumit.

Apa yang mengejutkan mengenai pendedahan tersebut ialah derma tersebut dibuat atas pemintaan Ong, di mana kementeriannya meneliti penyiasatan skandal yang melibatkan dana RM12.5 bilion itu.

Hal ini jelas merupakan penerusan hubungan intim dan berharga antara ahli pernianagaan dengan kerajaan sebagaimana terserlah di zaman bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohammed.

Artikel Malaysiakini mendedahkan seterusnya bahawa wang tersebut dibayar dalam bentuk tunai untuk tiga kali pembayaran sewaktu mesyuarat diadakan di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur dalam 2008.

Malah Tiong mengatakan bahawa dia mempunyai kawan yang menyaksikan pemberian tersebut dibuat.

Tiong juga memberi amaran bahawa jika menteri berkenaan menafikan pemberian 'derma' itu, beliau akan tolong mengingatkan Presiden MCA itu di mana pemberian itu dibuat.

Pendedahan Tiong itu turut menjelaskan tentang kepentingan bersama di antara dua orang tersebut. Dalam hal ini Tiong mungkin telah terlepas pandang dengan mengatakan terdapat usaha tolong menolong di antara kedua belah pihak.

Perkataan sebenar yang diungkapkan Tiong (sebagaimana dilaporkan media) ialah: "Saya sepatutnya memulangkan wang tersebut kepada orang lain. Tetapi untuk menolong satu sama lain, saya biarkan Ong menggunakan wang itu dahulu".

Apakah yang dimahukan oleh Tiong sebagai ahli perniagaan daripada Ong? Apakah yang boleh ditawarkan oleh Ong kepada Kuala Dimensi atas kapasitinya sebagai menteri? Elemen bersama antara Tiong dan Ong dalam 2008 ialah PKFZ.

Persoalan yang bermain di minda rakyat Malaysia kini adalah seperti berikut: Adakah pemberian RM10 juta Tiong itu merupakan satu perbuatan yang boleh disifatkan sebagai rasuah? Dan apakah bahagian Ong dalam percaturan ini? Apakah yang diharapkan daripada pemberian ini?

Pendedahan ini dibuat sehari selepas pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) Lee Hwa Beng membuat laporan polis terhadap KDSB, yang dituduh membuat tuntutan melambung tinggi, tuntutan tidak sekata serta beberapa kepincangan melibatkan sekurang-kurangnya RM500 juta hingga RM1 bilion.

Kuala Dimensi Sdn Bhd dilantik oleh Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) sebagai kontraktor utama bagi pembangunan projek PKFZ bernilai RM1.32 bilion. Syarikat yang kontroversi itu juga dituduh mengaut keuntungan daripada penjualan tanah kepada Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang, yang menyaksikan peningkatan harga daripada RM3 bagi satu kaki persegi dalam 1999 kepada RM25 sekaki persegi dalam 2002.

Kita tidak berminat dengan soal persahabatan di antara Ong dan Tiong, begitu juga dengan penggunaan jet peribadi. Orang ramai ingin tahu sama ada terdapatnya usaha sama di antara Ong dan Tiong untuk menutup skandal RM12.5 bilion yang melibatkan duit pembayar cukai itu ataupun sebaliknya.

Selanjutnya, adalah mengejutkan apabila negara ini tidak punya badan pemantau yang benar-benar berwibawa untuk menyiasat ibu kepada segala skandal ini. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sepatutnya menyiasat skandal tersebut, ternyata gagal berbuat demikian walaupun badan itu sudah mendapatkan semua dokumen perlu daripada PKA dalam 2007 dan telah menerima banyak aduan.

Apa yang kita dapat hanyalah pendedahan skandal dalam skandal kewangan, yang mempunyai elemen amalan penipuan. Apa yang sangat malang, negara ini tidak mempunyai Suruhanjaya Anti-Rasuah yang benar-benar bebas untuk menyiasat pendedahan termasuk skandal yang berlaku.

Setakat ini SPRM hanya menjadi kuda tunggangan Najib untuk meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Keyakinan rakyat terhadap SPRM pada masa ini benar-benar rendah berikutan kematian Teoh Beng Hock.

Jadi, apakah cara penyelesaiannya?

Jawapannya mungkin berada di tangan 42 orang Ahli Panel Penasihat SPRM. Mereka harus membuat tuntutan secara kolektif supaya SPRM dibiarkan benar-benar bebas untuk menyiasat kes kematian Teoh dan skandal RM12.5 bilon PKFZ. Kumpulan ini perlu meletakkan jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat penyiasatan yang tidak bebas.

Saya juga mendesak Hajib supaya meminta Ong dan pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional bercuti sehingga semua kerja siasatan selesai.

DAP juga meminta kepada Najib, jika terdapat sesiapa yang akan dipecat setelah pendedahan laporan audit PWC itu, maka Najib perlu memberikan jawapannnya kepada rakyat.

-----
Terjemahan oleh MUHAMMAD NOR ABD SAMAD

-detikdaily.net-

Tiada ulasan: