"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Hanya RM30,000 sahaja, kata Ketua Wanita MCA

Wartawan Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, dia hanya terima RM30,000 sahaja dari CEO Kuala Dimensi Sdn Bhd, Datuk Seri Tiong King Sing, itupun untuk pihak lain bukan untuk dirinya.

Chew memberitahu jumlah ini bagi menjawab dakwaan Tiong bahawa dia juga memberikan wang kepada Chew dan tidak wajar dia (Chew) menyerang beliau.

Oleh itu, Chew diminta diam oleh Tiong.

Chew berkata, dia menerima wang RM30,000 itu untuk Persatuan Orang Tua Wilayah Persekutuan.

"Berapa jumlah dia terima tidak penting, yang penting saya memberikan wang kepadanya apabila saya diminta dan dia tidak meminta apa-apa resit mengenainya," kata Tiong kepada wartawan.

Tiong (gambar) marah kerana Chew menyerang beliau apabila berkata, tumpuan serangan kini bukan lagi kepada Tiong tetapi kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat.

ImageIni berikutan dari dakwaan Tiong, Ong menerima RM10 juta darinya di samping meminjam jet syarikatnya tanpa membuat apa-apa bayaran hingga kini.

Kuala Dimensi, kontraktor utama Zon Bebas Perlabuhan Klang (PKFZ), didakwa terlibat dalam pembayaran lebih RM500 juta dan sedang disiasat.

Skandal ini ditemui oleh satu pasukan petugas yang ditubuhkan Kementerian Pengangkutan untuk menyiasat PKFZ yang menjadi isu utama menjelang pilihan raya 2008 lalu.

Ong Tee Kiat, apabila mengambilalih jawatan Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan berazam untuk menyelesaikan isu PKFZ secara tuntas. Sebuah akhbar Cina melaporkan, dia akan meletakkan jawatan dalam kabinet apabila kes ini selesai.

Skandal ini menjadi kemarahan kepada para pemimpin Pakatan Rakyat kerana ia tidak dilihat disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) padahal Teoh Beng Hock didakwa mati di pejabat SPRM hanya kerana isu wang lebih RM2000 sahaja.

Mereka ingin melihat sejauh mana dan sekasar mana tindakan yang diambil oleh SPRM terhadap semua pendedahan yang dibuat ini. Mereka merujuk kepada tindakan SPRM terhadap para pembantu exco Selangor sehingga ada yang mati dan ada yang cedera.

Tiada ulasan: