"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Undang Undang Politik Afghanistan-Isteri Tolak Seks Dihukum Berlapar.


 KABUL – Satu rang undang-undang yang membenarkan seorang suami membiarkan isterinya yang menolak untuk melakukan hubungan seks dibiarkan berlapar kini dikuatkuasakan di Afghanistan, lapor sebuah akhbar semalam.

Rang undang-undang kontroversi itu berkuatkuasa pada 27 Julai lepas setelah melalui satu pindaan awal tahun ini. Versi awalnya menyebut seorang suami tidak memerlukan persetujuan isterinya bagi mengadakan hubungan seks sekali gus membenarkan penggunaan paksaan.

Selain itu, rang undang-undang itu turut menyatakan si isteri perlu mengadakan hubungan seks dengan suami sekurang-kurangnya sekali setiap empat hari.

Undang-undang baru itu bertujuan mengawal kehidupan penduduk minoriti Syiah yang merangkumi 15 peratus daripada 30 juta rakyat Afghanistan. Presiden Afghanistan, Hamid Karzai dikecam oleh masyarakat antarabangsa kerana meluluskan undang-undang itu bagi meraih sokongan penduduk Islam mazhab Syiah dalam plihan raya presiden Khamis ini.

Satu tunjuk perasaan disertai sejumlah wanita diadakan di sini semalam bagi membantah undang-undang yang dianggap menekan kaum wanita itu.

Sumber : teguhmohanis

-tkodaily.net-

Tiada ulasan: