"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Memang Melayu nak seronok sepanjang masa

Oleh Johary Zachary

Ass'kum semua,

Lihat sajalah menjelang Ramadhan, artis2 kita sibuk merancang program2 untuk bersantai2 di bulan puasa di hotel2 - padahal sepatutnya sibok ke mesjid atau surau dalam suasana Ramadhan ni, dimana solat sunat terawih lebih afdal lagi dari menikmati juadah2 di hotel2 yg sudah tentu berlipat kali ganda harganya memandangkan semuanya termasuk dlm satu harga package (juadah selera berbuka puasa di hotel sudah semestinya harganya mengikut kadar taraf hotel (sama ada lima bintang atau sekian2 bintang) dan juga percentage untuk para artis terlibat dgn hidangan halua telinga berbentuk hiburan secara santai sambil berbuka

Sudah tentu akan menaikkan harga satu kepala disesuatu majlis untuk berbuka di hotel2 yg di anjur bersama2 artis2 berkenaan. Ini serupa macam acara2 seperti majlis2 Secretary Week, Hari Ibu, Hari Kekasih, dan berbagai2 sambutan 'Hari' yg pihak hotel2 kerapkali mengambil kesempatan untuk mencekek darah para 'consumer' yg tergila2 akan majlis2 ekslusif seperti itu. Hebat! nampak hebat dimata umum. Semata2 untuk kepuasan hati dan untuk menunjuk2 akan kehebatan si yg menghadiri majlis2 seperti itu. Memang Melayu hebat - hebat sehebat2nya.

Ya! dalam pada itu memang ada unsur 'win-win situation' atau 'situasi menang-menang' bagi pehak hotel dan artis2 yg terlibat. Tetapi yg jadi mangsa bagi menyumbang kos kepada keuntungan yg memberi 'win-win' atau 'menang-menang' kepada mereka adalah pihak 'consumer' sendiri - iaitu mereka2 yg tertarik dek terpengaruh dgn kehadiran artis2 yg dijadikan 'umpan' sebagai tarikan atau memikat mereka2 yg ghairah sangat dgn majlis berbuka puasa di hotel2 bertaraf 5 bintang atau 6 bintang atau sebagainya.

Cuba bandingkan berbuka puasa di hotel dgn berbuka puasa di mesjid atau di surau.

Sudah tentu berbuka puasa di hotel dipandang tinggi oleh sesetengah kalangan masyarakat kita - apa lagi dgn adanya penglibatan artis2 dgn pelbagai macam jenis hiburan. Memang sesetengah masyarakat kita (tak kira sama ada di bulan Ramadhan al-mubarak ka atau apa2 bulan sekalipun) tetap memilih hiburan dalam apa segi pun.

Dalam pada itu - puak2 artis yg sedang baru hendak menyambut kedatangan Ramadhan ..... sudah beriya2 dgn begitu seronoknya menyanyikan lagu2 Raya ...... padahal Ramadhan pun belum tiba lagi .... sudah datang 'mood' mereka untuk berseronok2 dengan pesta di Hari Raya nanti (lebih dari sebulan lagi ..... mereka sudah tergila2kan kedatangan Hari Raya. Nampak macam mereka menyambut Hari Raya dulu sebelum tibanya Ramadhan .... Syawal? jauh lagi!
Jadi, nampaknya sambutan di bulan Ramadhan selama sebulan berpuasa itu hanyalah sebagai 'gambaran kepura2an' di pihak artis2 dan mereka2 yg berkait rapat dgn media2 hiburan (termasuklah para2 pengacara dan deejay2 radio serta artis2 yg sudah cukup jelas akan kepura2an mereka). Mereka sering bermadah dgn ayat2 yg menyentuh akan kesucian bulan Ramadhan - akan tetapi itu hanya nampak dimulut sahaja - mereka hanya pandai bermain dgn kata2. Namun semua itu hanya pura-pura belaka. Hanya lakonan semata2 - untuk sedap mata memandang sahaja.

Bayangkan .... Hari Raya amat jauh lagi .....bulan Ramadhan pun belum menjelma lagi ..... mereka2 ini sudah ghairah dgn 'Hari Raya mood' mereka di tv (terpampang dlm siri Diva@1 Khamis: 20 Ogos 2009 - dgn Jaafar Onn, Norish Karman, Rohana Jalil dan lain2 artis yg nampak begitu seronok menanti kedatangan Hari Raya .... dan bukannya bulan puasa). Mereka begitu seronok menyanyikan lagu Raya - sedangkan bulan Ramadhan pun belum menjelma lagi ..... anehnya masyarakat artis kita. Kalau ya pun nak berhibur - pilih masa dan tempat - pilih masa dan ketika la ..... jangan main redah ikutdan saja kata orang utara. Namun untuk menunjukkan yg mereka itu ada mempunyai agama dan bersifat Islamic - maka terpaksalah berpura2 kononnya mera'ikan bulan Ramadhan al-mubarak. Dalam hati - Tuhan saja yg tahu.

Memang tidak salah lagi Melayu kita memang kira ndak seronok saja. Di Pulau Pinang sampai ada nama sebuah kampung Melayu - Kampung Seronok.
Satu kampung - sikit punya nak seronok memanjang. Contoh yg paling jelas dan nyata.

Masyarakat Melayu kita (lebih2 lagi yg artis2 tu) - Hinggakan di bulan puasa pun tak nak 'pause' buat seketika - sebagai menghormati bulan Ramadhan al-mubarak. Ini asyik2 kira nak hiburan saja - kira nak berhibur saja - kononnya nak menambahkan pendapatan diketika sepanjang bulan puasa - jadi mereka berusaha sedaya upaya untuk mengadakan upacara2 majlis berbuka puasa dgn pelbagai jenis masakan diiringi dgn hiburan dari artis2 hiburan. Cara sebegitu adalah sebenar2nya 'mencekik darah' mereka2 (sebagai pengunjung2) yg tidak sedar diri.

Dengan bergandingan sesama mereka iaitu pihak hotel2 dgn para artis2 - mereka sedia menganjurkan acara2 seperti majlis2 berbuka puasa yang dikira istimewa (special) kerana ada hiburan sampingan (oleh artis2 berkenaan) sambil menjamu selera (berbuka puasa). Entahlah .... di bulan puasa sepatutnya selepas berbuka .... kita umat Islam yg menjalani ibadah berpuasa (di siang hari) sepatutnya berjemaah di mesjid untuk menunaikan sunat terawih (selepas Isya'). Ini dah jadi lain pulak - menunaikan ibadah berbuka puasa dgn iringan hiburan oleh para penghibur dan selebriti tempatan yang juga penganut agama yg sama.

Sama ka? atau tak serupa?

Sama2lah kita fikir2kan.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.

dari,
Johary Zachary

Tiada ulasan: