"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Umno lidah bercabang dua, bertelinga satu

Oleh NYZA AYOB

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyangkal kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam tempoh 52 tahun kemerdekaan negara, Umno tidak pernah mengabaikan orang Melayu di semua peringkat sebaliknya menyifatkan sikap Umno ini menggambar parti tersebut hanyalah 'lidah bercabang dua serta bertelinga satu'.

Jelas Ustaz Idris sewaktu dihubungi, kegagalan Umno dalam mengangkat darjat orang Melayu daripada segi pencapaian ekonomi sebagaimanA dilaungkan parti tersebut ternyata gagal apabila sasaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak mencapai matlamatnya.

Tegasnya, Umno juga dilihat gagal menaik taraf kedudukan orang Melayu walaupun sebahagian besar pemimpinnya sama ada Menteri Besar atau pegawai kerajaan di kalangan orang Melayu,

"Kegagalan Umno memperjuangkan orang Melayu kerana dasar Umno yang tidak mahu memberi pertolongan kepada orang Melayu terutama apabila mengamalkan semangat bukan Bumiputra tetapi 'Umnoputra'.

"Kebanyakan usahawan Bumiputra terpaksa gulung tikar walaupun mereka mempunyai merit kerja yang baik. Tetapi oleh kerana mereka tidak menyokong Umno, mereka telah 'disenarai hitam' daripada mendapat kontrak daripada kerajaan," katanya.

Ustaz Idris juga menegaskan pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu juga terbukti apabila Umno cuba menyekat pembangunan orang Melayu di Kelantan dengan meletakkan pegawai Jabatan Pembangunan Persekutuan di Kelantan.

Telah banyak wang rakyat dibazirkan di Kelantan, dakwa beliau, semata-mata kerana dendam kesumat Umno sejak PAS memerintah Kelantan pada 1990 sehingga sekarang. Ketidakadilan Umno dalam memberikan hak kepada rakyat juga dapat dilihat sewaktu PAS memerintah pada tahun 1959 sehingga 1978.

"Ini menunjukkan Umno sebagai sebuah parti yang mengkhianati orang Melayu. Ia hanya ingat kepada orang Melayu apabila orang Melayu menolak Umno, barulah Umno menyatakan merekalah juara kepada orang Melayu serta menuduh pihak lain sebagai pengkhianat bangsa," katanya.

Ustaz Idris turut menegaskan sebelum ini di Pulau Pinang Umno dan BN berkuasa dan kampung-kampung Melayu telah 'dihalau' oleh pemimpin ini melalui projek-projek perumahan mewah tajaan mereka.

Tambah Idris, pengkhianatan Umno juga dapat dilihat apabila mengenepikan hak orang Melayu dalam pendidikan.

"Sekolah agama ditarik bantuan perkapita semata-mata dendam kesumat terhadap golongan yang belajar agama yang tidak menyokong Umno. Selain itu Umno juga menarik biasiswa yang juga merupakan hak orang Melayu sebagaimana termaktub dalam Perkara 153 yang jelas menunjukkan hak mendapatkan biasiswa itu merupakan hak orang Melayu," katanya.

Beliau mendakwa lagi, tanah rezab Melayu yang ditinggalkan penjajah sebanyak tiga juta hektar dan sekarang yang tinggal hanya tidak sampai separuh yang mana telah 'ditelan' oleh Umno. Seharusnya apabila tanah tersebut menjadi 'pegangan bebas' ia harus digantikan dengan tanah lain. Tetapi perkara tersebut tidak dilakukan oleh Umno.

Mengulas mengenai kenyataan Muhyiddin, pemikiran memburukkan kerajaan wujud daripada benih-benih kebencian yang ditanamkan pembangkang, secara sinis Ustaz Idris menegaskan Umno seharusnya memahami maksud 'pembangkang'.

"Jika kami ingin menyokong kerajaan, kami tidak akan menjadi pembangkang. Memang tugas kami sebagai pembangkang untuk menyedarkan rakyat agar menyedari akan keburukan yang telah dilakukan oleh kerajaan. Jika kita ingin menyokong kerajaan, baik kita jadi Umno," katanya sinis.

-detikdaily.net-

Tiada ulasan: