"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Gerak nafi terlibat komplot jatuhkan Kerajaan PR Selangor

Oleh Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak) menafikan mereka terlibat dalam komplot menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor.

Pengerusinya, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, Gerak tidak tahu menahu wujud usaha sebegitu apatah lagi untuk terlibat sama.

"Sebarang agenda atau perancangan untuk jatuhkan Pakatan Rakyat di Selangor, itu tidak ada dalam pengetahuan saya atau gerak,"ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily baru baru ini.

Sebelum ini, beberapa tindakan Gerak termasuk laporan salah guna kuasa terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pernah menjadi satu isu besar.

Ianya berkaitan kos penyelengaraan kereta pribadi Khalid dan pembelian 46 ekor lembu korban tahun lalu. Isu itu kemudiannya diambil kesempatan oleh Barisan Nasional bagi menekan kepimpinan kerajaan Negeri Selangor.

Lebih memberi tekanan apabila pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat segera bertindak dalam isu itu berbanding beberapa isu lain membabitkan salah guna kuasa pemimpin besar Umno BN.

ImageSelain itu Gerak juga pada 30 Julai lalu menyerahkan dokumen 17 halaman berkaitan dakwaan mereka mengenai salah guna dana kerajaan negeri Selangor oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Pakatan Rakyat yang berjumlah RM375,000, kepada SPRM.

Ekoran beberapa tindakan itu, Gerak didakwa sedang diperalat oleh Umno dalam usaha merampas kembali negeri Selangor setelah gagal mempertahankannya pada pilihanraya Umum lalu. Turut menyelar sikap terpilih Gerak termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad

Mengulas lanjut dakwaan terhadap mereka itu, Nazree berkata, laporan Gerak berhubung kes rasuah dan salahguna kuasa yang membabitkan pemimpin Pakatan adalah berdasarkan penyelidikan mereka sendiri dan kerjasama daripada individu yang terlibat dengan kerajaan negeri.

"Kami mendedahkan kes berasaskan dokumen dan bukti-bukti terbabit, saksi dan kerjasama daripada individu yang maklum tentang korupsi dan rasuah dan Gerak ambil inisiatif menyerahkannya kepada SPRM," tambahnya.

Beliau yang kesal dengan tuduhan itu berkata, tidak wajar Gerak dituduh sebagai alat Umno BN memandangkan badan itu turut melaporkan dakwaan salahguna kuasa dan rasuah melibatkan pemimpin Umno BN.

Antaranya isu skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang masih belum selesai dan isu banglo milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Justeru, ujarnya Gerak menyarankan untuk diadakan Debat Integriti Terbuka antara Menteri Besar Selangor dan Pengerusi Gerak Malaysia bagi memberi penjelasan sebenar kepada rakyat.

"Nik Nazmi selaku Setiausaha Politik MB boleh mengaturkan masa dan tempat untuk debat tersebut," katanya.

Tiada ulasan: