Saya dapat buat kesimpulan sekali lagi betapa bodoh dan dungunya apabila Perdana Menteri dan konco-konconya menyebut Kelantan tidak layak dapat royalti minyak antara sebab jaraknya lebih 3 batu batu nautika. Berapa jauhkah jarak 1 batu nautika?, 1 batu nautika =1.852 km. Jadi 3 batu nautika ialah tak sampai 6 km atau 3 batu lebih, sedangkan perjalanan ke Pelantar minyak dengan helikopter dari Kertih ke Pelantar Tinggi A misalnya adalah sekitar satu jam. Persoalannya;
1. Apakah asasnya diletakkan 3 batu nautika?. Kalau syaratnya ialah jarak pelantar minyak, maka Trengganu tidak layak menerima royalty. Tidak ada pelantar minyak di Perairan Trengganu terletak dalam lingkungan 3 batu nautika dari negeri Trengganu.
2. Kalau asasnya ialah kilang memprocess bahan petroleum (minyak, gas dan hasil berkaitan), maka Trengganu memang layak memperoleh royalti minyak kerana terdapat kilang memproses minyak di Trengganu, sebaliknya Kelantan tidak layak, tetapi apabila PAS memerintah, kenapa pula di jadikan wang ehsan?.
3. Sebaliknya, Kedah juga ada kilang memproses bahan dari petroleum yang diambil dari kawasan kontroversi perairan Kelantan sekarang, tetapi kenapa Kedah tidak diberikan royalti sama seperti Trengganu?.
4. Kalau syaratnya memproses minyak, Petronas mempunyai kilang minyak di Melaka, tetapi kenapa Melaka tidak diberikan wang royalti hasil minyak berkenaan?
Nampak jelas menteri dan siapa saja berfikiran UMNO ini bodoh, bodoh sepertimana mereka kata DNA Anwar tak boleh pakai sebab sudah lama, sedangkan DNA binatang purbakala boleh digunakan pakai sampai hari ini. Sama juga kes 3 batu nautika ini, mereka sanggup menipu dan memperbodohkan diri sendiri demi menipu orang lain.
Muramatsu
UK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan