"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS Sanggup Hilang Kerusi Parlimen Demi Disiplin Parti / Nizar / PKFZ

Marang, 15 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) sentiasa menitikberatkan soal prinsip dan moral parti. Dalam sejarah PAS, Jawatankuasa Disiplin parti pernah memecat ahli PAS yang juga Ahli Parlimen PAS pada ketika itu atas kesalahan moral.
Peristiwa itu berlaku pada tahun 1969 apabila media mendedahkan gambar seorang Ahli Parlimen PAS sedang menari dan berjoget. Hadi menegaskan bahawa itu bukan cara PAS. Maka sebab itulah Jawatankuasa Disiplin parti telah mengambil tindakan memecat ahli parlimen tersebut daripada PAS walaupun PAS terpaksa kehilangan satu kerusi parlimen.

Inilah beza di antara Pas dan UMNO kata Hadi lagi. “Sekiranya ahli PAS buat maksiat yang besar, Jawatankuasa Disiplin juga boleh pecat. Saya rasa ini tidak ada dalam UMNO, tidak ada dalam parti Barisan Nasional sebab tu dalam Barisan Nasional dia buat maksiat macam mana pun, tidak boleh pecat. Itu beza kita dengan Barisan Nasional.”

Di dalam majlis yang sama di Marang, Trengganu, ketika ditanya mengenai hubungan beliau dengan Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Aziz Nik Mat, Hadi menyatakan bahawa hubungan mereka berdua adalah sangat baik. “Bagai isi dengan kuku”, kata beliau. Dan beliau amat berpuas hati kerana telah berjaya menangani masalah dalaman parti dengan sebaik-baiknya.

Bagi Hadi, seminar politik yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini telah berjaya menyatukan pimpinan PAS. Masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya, ujar beliau. Suasana sedemikian tidak wujud di dalam Barisan Nasional. Beliau memberi contoh masalah yang sedang berlaku di dalam MCA, sehingga hari ini ianya tidak dapat diselesaikan. “Di dalam PAS, kita berbeza pendapat, itu biasa. Tetapi kita bersatu dan kita bertolak ansur”, kata beliau. – ANN

Tiada ulasan: