MayLin
Shah Alam,14November-Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Sri Mohd Hasan yang dikatakan terlibat dengan transaksi ke luar negara bernilai 10juta ringgit.Ekoran daripada kenyataan akhbar yang dikeluarkan Tian Chua semalam, beliau menegaskan perkara ini harus ditangani segera kerana akan membawa kesan buruk kepada ekonomi Negara ini.
“Bank Negara sepatutnya mempertahankan kepentingan dan keutuhan sistem ekonomi dan matawang kita dan dengan tindakan tindakan orang orang yang berpengaruh yang jelas menentang pengeluaran wang kita.Ini akan merosakkan ekonomi kita”,katanya.
Tian Chua turut mempersoalkan sikap berdiam diri kedua-dua pihak berkenaan sehingga kini dan menggesa supaya siasatan telus dilakukan dengan segera.
“Saya percaya tindakan BNM harus adil dan tanpa memihak mana pihak,harus professional untuk mempertahankan sistem kewangan kita”,katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi TvSelangor pagi tadi.
Berdasarkan maklumat yang diperolehinya, jelas menunjukkan peningkatan dalam transaksi haram ini sejak tahun 2006 lagi.
Dalam satu kenyataannya bertarikh 13 November 2009, Tian Chua menyentuh mengenai aktiviti pengiriman wang berjumlah 10 juta ringgit ke luar Negara yang melibatkan Mohd Hassan
Mohd Hassan didapati terlibat dengan pengiriman wang tersebut ke London pada tahun 2008 melalui sebuah syarikat pengurup wang.
Syarikat berkenaan merupakan salah sebuah daripada 20 lsyarikat pengurup wang yang dibatalkan lesennya oleh Bank Negara pada 26 Oktober 2009.
Tiada sebarang sebab diberikan oleh Bank Negara mengenai pembatalan lesen berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan