"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kedudukan ke-56: Kiranya Aku Umno, Ini Akan Ku Jawab / PKFZ / Altantuya

laniisma
International Transparency mengeluarakan senarai terbaru indeks rasuah pada 17 November 2009 dan Malaysia berada pada kedudukan ke-56dari kedudukan ke-47 pada tahun lalu.Ikutilah bebelan kiranya aku Umno, ini akan ku jawab.

Tuan-tuan, puan-puan…
Sebagaimana kita maklum, sekiranya kedudukan yang diambil kira, tempat ke 56 dari 47 adalah perkara biasa tuan-tuan, hanya 9 bezanya, bukannya jauh sangat. Kalau 47, tuan-tuan pelahap macam tu juga, kalau 56 pun tuan-tuan kedarah macam tu juga, 56 juga bukan masalah besar, bukannya 106 tuan-tuan.

Lagipun kita jauh berbanding Somalia di tempat ke 180, jauh bezanya tuan-tuan, Afghanistan ke 179, Myanmar 178, Sudan 176. Kalau tuan-tuan ambil tahu pasal ilmu hisab kata orang tua-tua, kita di kalangan satu pertiga negara terbaik indeks rasuah. Takkan tuan-tuan tak bangga.

Kalau tuan-tuan nak tahu New Zealand di tempat pertama terbaik, tak mengapa la tuan-tuan, mereka semua hidup senang-senang, gaji cukup. Denmark di tempat kedua, Singapura ditempat ketiga, tak mengapa juga kerana mereka negara kecil, senang nak kawal, fail-fail kalau disemak cepat selesai. Kita orang-orang Umno tuan-tuan, mesti banyak helahnya, tanya macam mana pun mesti ada jawapannya. Betul tak betul itu belakang kira, yang penting perut mesti kenyang, cara bagaimanapun, tuan-tuan kena fikir sendiri.

Tuan-tuan, puan-puan…
Kita mesti berbangga tuan-tuan, kita negara Islam ketiga terbaik selepas UAE(30) dan Brunei(39), Indonesia jauh ketinggalan tuan-tuan, 111, jauh ditinggalkan kita tuan-tuan, makan asap la jawabnya. Kita ni setaraf dengan Latvia dan Namibia, sama-sama 56, bangga kita tuan-tuan.

Cuma tak seronok sikit tuan-tuan, puan-puan, daripada BPR ke SPRM, kita jadi 56, mungkin SPRM sibuk, baru-baru katakan, walaupun tak boleh benteras kes-kes besar, tengok kes-kes kecil, beratus-ratus, bertimbun-timbun tuan-tuan, ke penjara pun ada. Tak seronoknya juga Israel lebih baik dari kita (32).

Tuan-tuan, puan-puan…
Indeks tahun ini bukannya yang PM Najib, tapi dari bekas PM dulu, Pak Lah. Tengok Najib nak benterasnya rasuah, ditubuhkan Jawatankuasa khas SPRM mengkaji wakil rakyat terutamanya Pakatan, ini satu usaha murni tuan-tuan. Tengok usaha PM kita, Datuk Nik Aziz pun tak jadi ke Mekah, ini uasaha PM kita tuan-tuan nak membenteras rasuah. Cepatnya fail siasatan dibuka, ini menunjukkan seriusnya PM kita.Tuan-tuan lihat adun-adun yang dituduh rasuah, jadi bebas, sokong BN, selepas siasatan tak ada pun rasuah, kalau rasuah kita bukannya nak suruh mereka sokong kita. Kita tak terima mereka. Mereka bersih, memang kita juga bersih dari rasuah. Ini salah satu cara PM kita nak memteras rasuah. Mereka menyokong kita rasuah pun tiada kan. Usaha terpuji PM kita.

Hendak membenteras rasuah, kita Umno ada caranya, PM bagi komisyen bagi pembelian alatan pertahanan negara, rasuah apa ke bendanya, upah kita, tak ada salahnya, Begitu juga bagi apa-apa bantuan dekat pilihan raya. Bantuan..sedekah tuan-tuan…takkan nak buat baik pun salah.

Tuan-tuan, puan-puan
Saya rasa setakat ini dahulu, jawapan-jawapan yang perlu dijawab kalau mereka mempersoalkan tentang rasuah di negara kita. Jawapan tuan-tuan mesti bersungguh-sungguh, kalau berpeluang hentak meja, hentak! muka mesti serius, menunjukkan seriusnya usaha kita membenteras rasuah. Sepak terajang mesti pandai, tipu muslihat amat-amat diutamakan untuk menegakkan benang basah. Semoga semua usaha kita dihargai rakyat.
Sekian.

Tiada ulasan: