"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tahniah Datuk Seri Azizan Razak

Abdullah Ngah
Tahniah pada Datuk Seri Azizan Razak Menteri Besar Kedah, kerana beliau benar benar mengenali pegawai kerajaan yang di terajuinya.

Sayang Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan barisan EXCO kerajaan ketika memerintah Terengganu dahulu tidak mengenali pegawai kerajaan.

Ustaz Azizan Razak mengenali pegawai kerajaan negerinya sebagai Umno "hangit" yang barangkali boleh jadi akan bertahan lama sebagai kerajaan PAS.

Mungkin beliau mengambil pengiktibaran dengan apa yang berlaku di Terengganu agar tidak berlaku di Kedah.

Tok Guru Haji Hadi dan barisan EXCOnya tidak pernah menganggap pegawai Kerajaan sebagai Umno hangit. Malah masing masing percaya dan yakin pegawai kerajaan UMNO hangit itu sudah sokong PAS.

Dalam satu ucapan beliau pernah berkata bahawa 80 peratus pegawai kerajaan menyokong PAS.Kita tidak tahu dari manakah diambil sumber itu.

Bukan setakat itu sahaja malah barisan kepimpinan negeri tidak percaya dengan kata kata kebanyakan pegawai kerajaan umno hangit bertungkus lumus mensabotajkan kerajaan disetiap penjuru.

Kita doakan agar negeri Kedah akan kekal dibawah pemerintahan PAS buat selama lamanya.

Tiada ulasan: