"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Panggil JJ saksi kes liwat II

genken
Kali ini malas nak tulis panjang-panjang. Cuma nak ajak manusia yang berfikiran panjang fikir sendiri apakah maksud tersirat dari tajuk laporan Utusan Malaysia 15/03/2010 iaitu : Jamaludin terangkan kes liwat Anwar kepada AS. Laporan ini boleh dicapai di sini; [Links]

Oleh kerana Jamaludin telah memberi penerangan kepada Amerika Syarikat. Sekaligus menunjukkan JJ ini tahu akan kedudukan kes ini. Samada ianya tahu sama seperti mana pemimpin UMNO lain juga tahu bahawa mereka fitnah saja dan sanggup menipu diri sendiri pula sudah tidak penting.

Yang penting pendakwa perlu memanggil JJ kekandang saksi kerana beliau sudah memberikan keterangan yang benar katanya kepada amerika syarikat.

Kalau pendakwa malas, peguam bela mempunyai asas untuk memanggil Duta Besar Bertaraf Menteri JJ ini sebagai saksi yang perlu di bawa ke kandang saksi semasa perbicaraan yang sedang berlangsung.

Rasanya taraf JJ sebagai ahli parlimen, Duta Besar bertaraf menteri lagi dan menteri yang membawa malaysia ke angkasaraya itu sudah tentulah berani untuk berada di kandang saksi dan bercakap sepertimana beliau memberi penerangan kepada Amerika Syarikat yang dilaporkan sebagai sebuah kejayaan itu.

Kalau JJ tidak dipanggil, maka akan kekallah fitnah itu bersama-samanya.

muramatsu UK

Tiada ulasan: