Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyelar tindakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang melarang pasukan Bolasepak Wanita Iran daripada menyertai Kejohanan Olimpik Remaja di Singapura pada Ogos ini atas alasan kerana pemainnya memakai hijab.
Keputusan FIFA ini jelas bertentangan dengan Deklarasi Hak Kebebasan 1946 yang mempersetujui bersama dalam sistem kehidupan bermasyarakat. Seharusnya FIFA bersikap optimis dan pragmatik dalam menyusun dan melakar peraturan dan undang-undangnya berdasarkan perkembangan semasa dan ketamadunan sejagat.
Tanggapan kuno bahawa pakaian dan hijab merupakan halangan dalam bersukan adalah satu tanggapan yang salah. Sejarah telah membuktikan banyak kejohanan antarabangsa telah disertai oleh atlit lelaki dan wanita yang menutup aurat dan memakai hijab lantas mendapat kemenangan dalam acara mereka. Pelbagai acara pernah dimenangi oleh wanita-wanita Islam yang berhijab seperti olahraga umpamanya.
Jelas, kejayaan dan penyertaan seseorang dalam bidang sukan bukan kerana pakaian tetapi atas semangat dan kekuatan fizikal individu tersebut.
Oleh DPPP menyeru Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersama-sama Persatuan Bolasepak Negara-Negara Islam membantah larangan yang dikenakan oleh FIFA terhadap pasukan Bola Sepak Wanita Iran dan mendesak larangan tersebut ditarik serta membuat penyusunan dan rombakan diatas beberapa peraturan FIFA yang dilihat tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa.
Disediakan oleh
DR RAJA AHMAD AL-HISS
Pengerusi
Lajnah Antarabangsa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan