"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terkini-Dr. Halili arah penyokongnya menyamar dan sabotaj Zaid

hermansamsudeen
Soalan kenapa Dr. Halili mengumumkan yang beliau keluar dari PKR dan masuk Umno semasa musim perayaan sudah terbongkar. Beliau menunggu musim pilihanraya mengambil tempat di Hulu selangor dan diperingkat awal beliau telah mengarahkan penyokongnya di Hulu selangor menubuhkan bilik gerakan dan bertugas dalam jentera PKR bagi mencuri maklumat. Mereka menyamar sebagai ahli PKR yang setia, tetapi merekalah sebenarnya pengkhianat.

Tidak cukup dengan itu, terdapat juga laporan bahawa penyokong-penyokong beliau dan talam dua muka ini telah mengambil poster, banner, risalah dan slip pengundi-pengundi untuk dibuang.

Sabotaj ini telah berjaya dikesan pada hari pertama lagi, dan beliau serta penyokongnya tertekan kerana tindakannya sudah dihidu lebih awal.

Perancangan asalnya beliau mahu umum keluar PKR sehari sebelum hari pengundian, tetapi memadangkan situasi untuk beliau dan penyokongnya sudah tidak selamat, beliau cepat-cepat cabut lari masuk kubu BN.

Pada masa ini jentera PAS telah diarah mengambil alih beberapa UPU yang sebelumnya dikuasai oleh penyokong Dr. Halili. PAS juga akan menambahkan jumlah petugas dan meningkatkan amaran keselamatan disemua UPU bagi memastikan penyokong-penyokong Dr. Halili dapat tidak lagi mampu melakukan aktiviti sabotaj mereka

http://syukran.wordpress.com

Tiada ulasan: