"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ku Li Beri Isyarat ?

SHAH ALAM, 11 OKT: Tindakan Tengku Razaleigh Hamzah(Ku Li) yang masih belum membuat keputusan samada mahu menjadi calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas dianggap sebagai isyarat jelas bahawa Putera Raja Kelantan itu tidak bersedia menjadi alat kepada Umno-Barisan Nasional.

Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub yang ditemubual TV Selangor berpendapat Ku Li tidak bersedia menjadi calon Umno selain parti itu tidak mempunyai calon yang sesuai bagi mengalas tugas tersebut.

Ini berikutan kedudukan politik Ku Li yang agak selesa selain tidak mahu menjejaskan reputasi beliau sebagai pemimpin veteran Umno. "Mungkin mereka tiada calon, tiada tokoh yang dapat mereka ketengahkan.

Tengku Razaleigh pun bijak untuk meletakkan dirinya dalam percaturan politik ini. Beliau tidak mungkin bersedia menjadi calon atas kiraan politik beliau sendiri," jelas beliau. Menurut Salehuddin lagi, PAS sudah bersedia menghadapi kemungkinan sejak tahun lalu setelah mengetahui ADUN Galas, Che Hashim Sulaima menghadapi penyakit barah usus.

Beliau menambah PAS telah mengambil pendekatan yang komprehensif untuk mempertahankan kerusi di daerah Gua Musang itu.

Justeru, Salahuddin turut memberi peringatan kepada jentera parti PAS untuk tidak mengambil mudah pilihan raya kecil DUN Galas seraya memperkuatkan lagi jentera pilihan raya, Dalam pada itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan keputusan Ku Li yang senjaga melengahkan keputusan untuk menjadi calon Umno adalah munasabah memandangkan beliau ada kepentingan politik tersendiri.

Khalid percaya keputusan Ku Li untuk tidak menerima pencalonan adalah jalan terbaik bagi menyelamatkan maruah beliau daripada terjerumus dalam taktik kotor Umno. Beliau berkata reputasi Ku Li sebagai pemimpin veteran akan terjejas sekirannya beliau bertanding di kawasan kecil seperti Galas.

"Nampak macam dia hendak dipergunakan untuk matlamat politik tertentu. sekirannya dia kalah maka ia akan menjadi tamparan pada dirinya dan jika dia kalah beliau akan diketepikan terus.

"Saya rasa Najib tidak sanggup buat begitu kerana dikhuatiri sikap dan pendirian tengku Razaleigh adalah lebih matang dan boleh mengaburi kepimpinan Najib," jelas beliau.

Media sebelum ini melaporkan bekas pemimpin Parti Melayu Semangat 46 itu akan menentukan status dirinya samaada untuk menjadi calon di Galas selepas bertemu Perdana Menteri.
-tvselangor-

Tiada ulasan: