Rocky's Bru atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Attan tiba pada 11.30 pagi dan selesai memberi keterangan kepada seorang pegawai SKMM satu setengah jam kemudian.
Ketika ditemui pemberita, Ahirudin berkata beliau diminta hadir bagi memberi keterangan bagi membolehkan siasatan terhadap laporan dalam blognya itu berjalan dengan lancar.
"Soalan yang ditanya berdasarkan kepada perkara-perkara rutin...sama ada blog itu milik saya dan beberapa perkara lain," katanya.
Semalam, Rais membuat laporan polis berhubung dakwaan blog Rocky's Bru itu kononnya anak lelakinya mempunyai kepentingan dalam kementerian berkenaan dengan memperoleh geran RM1 bilion bagi menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara.
Ahiruddin berkata beliau juga bersedia menyerahkan komputer peribadinya kepada SKMM seperti yang diminta bagi membantu siasatan isu tersebut.
Katanya setakat ini, beliau belum dihubungi oleh pihak polis untuk memberikan keterangan berhubung laporan itu.
Beliau berkata Rais sepatutnya tidak membuat laporan polis sebaliknya menafikan bahawa anaknya terlibat dalam pemberian geran RM1 bilion itu.
"Saya kecewa dengan tindakan menteri. Beliau sepatutnya mengambil masa untuk memahami mesej yang cuba disampaikan," katanya.
-Bernama-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan