KUALA LUMPUR 13 OKT: Seramai sembilan individu termasuk tujuh kakitangan Jabatan Imigresen ditahan sejak 10 dan 12 Oktober lalu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata semua mereka termasuk dua warga asing itu ditahan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan warga asing di negara ini.
"Penahanan mereka dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci, sekali gus membanteras kegiatan sindiket terbabit yang boleh mengancam keselamatan negara," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan