"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pakar dakwa Saiful diliwat, keterangan dibuang ekoran protes Karpal

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa dia telah diliwat lapan kali oleh majikannya pada pertengahan dua tahun lalu, kata seorang patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Pakar forensik HKL Dr Siew Sheue Feng berkata, Saiful memberitahu beliau dan dua doktor lain pada 28 Jun 2008 bahawa dia diliwat lapan kali dalam dua bulan oleh Anwar.

“En Saiful memberitahu saya apa yang berlaku, dia telah diliwat oleh seorang personaliti berprofil tinggi selama beberapa bulan,” kata Dr Siew.

Malah menurut Dr Siew, Saiful juga memberitahunya bahawa kondom tidak digunakan ketika hubungan seks luar tabii itu.

Bagaimanapun keterangan itu mendapat bantahan Karpal Singh yang mengetuai pasukan peguam bela.

Karpal mendakwa dakwaan Saiful bahawa dia diliwat lapan kali bukan sebahagian daripada tuduhan liwat dan keterangan itu seharusnya dikeluarkan daripada rekod.

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah bersetuju dengan bantahan Karpal dan mengarahkan agar kenyataan itu dikeluarkan daripada rekod.

Tiada ulasan: