"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sultan Kelantan lucutkan gelaran 'Datuk' Ibrahim Ali

Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang diberikan kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.



Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'datuk'nya itu telah dilucutkan.

Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.

“Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.

Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka,” katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada 
Malaysiakini.

Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat-setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bahagi.

“Saya tetap dengan pendirian mempertahankan instiusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripa budaya 
Melayumenjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku,” katanya.

Ibrahim juga menjelaskan beliau masih mempunyai dua lagi darjah yang memabawa gelaran 'datuk' - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka.

Tiada ulasan: