"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kereta Hibrid Proton: Penghantaran bermula pada Januari


SHAH ALAM, 28 NOV: Pengeluaran kereta hibrid Proton secara meluas akan hanya diputuskan selepas kereta jenis itu diuji untuk kegunaan kerajaan di Putrajaya dan Cyberjaya pada tahun depan.

Pengarah Urusan Proton Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir berkata pihaknya perlu mendapatkan maklum balas positif daripada pihak kerajaan terlebihdahulu sebelum memasarkannya secara besar-besaran.

"Kami sekarang tengah buat persiapan untuk menghasilkan antara 50 ke 200buah kereta yang bercirikan hibrid dan penghantaran akan bermula pada Januari depan.

Ini ialah untuk dapatkan maklum balas positif dan data daripada pengguna.    
"Kalau terus ke mass production takut ada masalah, jadi biar kerajaanmenggunakan dan memperolehi maklum balas daripada mereka. Harap menjelangpertengahan tahun depan atau hujung tahun, kita buat keputusan untuk pasarkan secara besar-besaran," katanya kepada pemberita selepas sambutan fiesta keluarga dan Pertandingan Inovasi Proton 2010 yang turut dihadiri pengerusi Proton Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh di Stadium Shah Alam di sini petang semalam.

Syed Zainal Abidin berkata kejayaan pemasaran kereta hibrid Proton di negara ini bergantung kepada kerjasama antara syarikat itu dengan pihak kerajaan.  

Ini kerana beliau berkata, harga kereta hibrid adalah kira-kira 50 peratuslebih mahal daripada harga kereta biasa dan pemberian insentif oleh kerajaan secara tidak langsung boleh menggalakkan pembelian kereta jenis itu.    

"Di negara lain contohnya, bila kerajaan adakan insentif yang berbeza ini akan mencetus pembelian kereta hibrid kerana ia sangat mahal sebab itu kena ada insentif.

"Kalau kita lihat negara maju insentif diberi oleh kerajaan seperti rebat,pengurangan duti eksais duti, pendaftaran zero, parkir khas atau percuma danbila ada insentif ini sudah tentu pembeli akan beli hibrid.

Tanpa insentif jumlahnya tidak akan terlalu tinggi," katanya. 
-tvsnews-

Tiada ulasan: