
Kerajaan dalam proses mengubal garis panduan pembinaan rumah-rumah ibadat di kawasan perumahan yang baru.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga menganggotai jawatankuasa yang menyediakan garis panduan itu,” katanya sambil menambah peraturan baru itu akan dimaklumkan kepada orang ramai setelah dimuktamadkan.
Mashitah menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) semasa sesi soalan pagi ini.

Namun, dakwanya realiti menunjukkan keadaan sebaliknya dan ingin tahu jika ada kriteria tertentu berhubung pembinaan rumah ibadat di kawasan perumahaan yang baru.
Setahun lalu sekumpulan penduduk Islam berang dengan tindakan kerajaan Selangor yang memindahkan sebuah kuil di tamah perumahaan mereka di Shah Alam.

Keadaan itu menimbulkan ketegangan agama seketika di negara ini. Namun semua penunjuk perasaan itu dibebaskan dengan denda RM1,000 setiap seorang dari Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas mengakui terbabit dengan perhimpunan haram.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan