Mohd Zubir Salleh, yang bersekolah sama dengan Azamuddin berkata rakannya itu memohon bantuan bagi 'menyimpan' bajunya yang digunakan pada malam Aminulrasyid ditembak mati.

"Saya sapanya dan kami mula berbual. Dia suruh saya kumpulkan rakan-rakan dan kita berjumpa di tandas,” katanya kepada mahkamah sesyen Shah Alam hari ini.
"Kita berjumpa di tandas selepas perhimpunan sekolah dan dia beritahu kami bahawa Aminulrasyid sudah mati.
"Ia berlaku dengan cepat, saya tidak fikir melebihi 10 minit dan ramai yang menaggis,” katanya semasa disoal-balas oleh timbalan pendakwa raya Mohd Dusuki Mokhtar.
Mohd Zubir berkata ketika di tandas sekolah, Azamuddin kemudiannya member beg plastik pakaian yang digunakan pada malam kejadian untuk disimpan dengan selamat.

Sebelum itu, ketika diosoal-balas oleh peguambela M Athimulan, remaja 15 tahun itu berkata dia tidak tahu pakaian itu berlumuran darah kerana dia tidak pernah membuka beg plastik itu.
Dia bagaimanapun bekerjasama dengan polis forensik yang datang ke rumahnya sekitar jam 1 pagi pada 27 April dan menunjukkan tempat dia menyorok baju Azamuddin.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan