"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Semua diajak dalam Pesta Merah 5 Disember

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 2 Dis: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebuah gerakan anak muda non structural yakin dengan penyusunan anak muda ke arah kebangkitan mendesak perubahan, telah memutuskan akan bersama dengan Menteri Besar Selangor dalam satu himpunan aman bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda dalam isu hak air rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, Syabas sebuah syarikat ciptaan regim yang terlalu kaya sehingga gaji Ketua Pengawai Eksekutif, Tan Sri Rozali menjangkau RM425 ribu sebulan.

Itu, katanya belum masuk perbagai elaun keistimewaan hanya dengan memperdagangkan air yang menjadi hak asas rakyat.

Tambahnya, bukan sahaja kenaikan harus ditolak tetapi air seharusnya dikendalikan oleh kerajaan bagi pihak rakyat.

Menurutnya, himpunan aman Ahad ini merupakan hak rakyat.

“Rekod setakat ini himpunan aman hanya menjadi kacau dan menyebabkan gangguan trafik teruk apabila melibatkan gangguan pihak polis.

“SAMM sudah bertemu dengan pihak penganjur bagi untuk bersama memastikan himpunan aman ini lancar,” ujarnya.

Katanya, sekurang-kurangnya 50 'marsyal demo' yang berpengalaman akan diturunkan bagi memastikan kelancaran dan mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Mereka ini berpengalaman sejak 1998, mereka ini terdiri dari yang pernah mengendalikan himpunan Bersih, Kesas dan lain-lain.

“Difahamkan seperti biasa unit sukarelawan merah (Unit Amal) akan menjadi petugas utama dalam acara tersebut. Maka petugas SAMM akan menbantu dan bergabung dengan mereka,“ tambahnya.

Sehubungan itu, katanya SAMM menyeru semua anak muda untuk turun bersama atas semangat ketuanan rakyat mempertahankan hak asas yang juga kali pertama dalam sejarah himpunan anjuran kerajaan negeri.

“Seharusnya semua anggota JKKK, ahli majlis dan jentera bawah kerajaan negeri harus hadir bersama mengiringi Menteri Besar. Semua Adun tidak harus gagal hadir demi pertahan hak rakyat.

“Ayuh semua datang raikan pesta kuasa rakyat. Warna tema kali ini merah. Datang dengan baju merah, belon merah, payung merah pendek kata serba merah,” ujarnya.

Tiada ulasan: