"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenapa perlu berbolak balik?


Cucu Mak Kilau, salah seorang editor blog Pahangdaily 'akan' menyaman akhbar Utusan Malaysia kerana mendakwa akhbar tersebut memfitnahnya keluar parti sedangkan beliau tidak pernah dihubungi oleh wakil berkenaan.

Cucu Mak Kilau (CMK) atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Mohd. Ramli pernah bertanding atas tiket PKR dalam pilihanraya lalu di Dun Kemayan, Pahang.

Sebelum ini CMK ada menyebut 'akan' keluar parti PKR atas berberapa alasan yang malas saya nak ulas di sini. Ramai sangat pimpinan PKR yang semacam 'akan' keluar parti di atas dasar tak puas hati dengan parti. Saya pun tak tahu apa sebenarnya dia orang nak pada parti dia orang.

Setahu saya PAS juga ramai pimpinan tak puas hati dengan parti. Tapi taklah main 'akan' - 'akan' keluar parti. Mereka diam-diam aje dan sambil menjalankan aktiviti secara 'senyap-senyap'.

Kalau ada pun yang bising dalam PAS, itu mesti jenis tak bayar yuran keahlian PAS. Seperti Tulang Besi, ooi dia ni nak saman parti. Tubunh Tabung Guaman. Akhir cerita, duit tabung RM10 ribu lebih lesap entah ke mana. Tak ada audit juga. Saya pun tak tahu ada sesetengah pembaca blog si Tulang Besi buat tak kisah duit Tabung Guaman ini.
Saya rasa engkau orang dah faham apa aku nak kata kepada CMK yang pernah mengemparkan masyarakat internet kerana mencium DS Anwar dikhalayak ramai.


Pasal blognya (PahangDaily) diserang virus pada 10.00 PM 25 Nov 2010 ini pun satu lagi lawak. Saya yang tak ada asas IT pun rasa macam nak tergelak aje. Buatlah lawak lain.



Virus pun dapat bagi amaran. Baik punya virus.

Saya hairan apa pasal, link ini akan ke laman PASPAHANG.ORG?

Tapi kalau engkau orang buka source codenya, engkau orang akan tahu 'silap mata' sebalik kejadian yang ada.
Klik supaya besar dan boleh baca source codenya.
Orang berniaga biasanya 'declare' bangkrap jika tak boleh bayar hutang. Tak tahu apa muslihat http://pahangdaily.blogspot.com/ dalam hal ini.

Tiada ulasan: