Harakahdaily
IPOH, 2 Dis: Drs Khalil Idham Lim menyifatkan tindakan pihak berkenaan yang mengerahkan polis untuk mengawal persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak sebagai membuang masa.
Justeru, kata Adun Titi Serong itu, anggota polis yang mengawal persidangan Dun hari ini semakin berkurangan.
Bagaimanapun, ujarnya anggota yang mengawal di pintu masuk dewan sekitar 10 orang.
“Saya katakan pada mereka supaya balik ke pejabat,” tulis Khalil di dalam blognya.
Tegasnya, adalah membuang masa sahaja polis dikerah ke persidangan dewan sejak BN merampas kuasa.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS negeri menambah, kali ini terbukti sejak persidangan Dun hari pertama pada 30 November lalu sehingga hari ketiga pada hari ini menunjukkan bahawa anggota polis tidak diperlukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan