"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isteri kahwin lain


BIDOR: Seorang pemandu lori di Taman Bidor Jaya di sini, keliru dengan tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang mengesahkan pendaftaran bagi perkahwinan kali kedua isterinya. 

 Hamzah Ismail, 30, berkata, isterinya Siti Sofiah Abdullah, 26, adalah mualaf semasa berkahwin dengannya pada 2005. 

Menurutnya, perkahwinan mereka bagaimanapun tidak mendapat restu daripada keluarga sebelah isteri kerana menukar agama kepada Islam. 

“Saya dapat hidup bersama isteri lebih dari dua tahun sebelum berpisah seketika kerana isteri melanjutkan pelajaran di salah sebuah kolej di Kuala Lumpur. 

“Namun baru-baru ini saya dikejutkan dengan berita bahawa isteri saya sudah berkahwin lain dengan seorang lelaki yang beragama lain,” katanya kepada :Sinar Harian.: 

Hamzah berkata, perkara yang paling mengejutkan dirinya ialah perkahwinan kedua isterinya ini didaftarkan oleh JPN. 

Menurutnya, akibat perkara itu, laporan sudah dilakukan di Pejabat Agama Tapah, namun sehingga kini masih tiada sebarang perkembangan yang diterima. 

“Semasa isteri belajar, saya masih berhubung dan kali terakhir menghubunginya ialah pada pertengahan tahun lalu. 

“Ketika itu, saya sudah dimaklumkan dan isteri saya sudah berkahwin lain atas desakan keluarganya,” katanya. 

Menurutnya, apa yang menjadi kemusykilan adalah bagaimana isterinya boleh berkahwin dengan lelaki yang beragama lain sedangkan isterinya sah memeluk agama Islam. 

“Diharap perkara ini dapat dijelaskan segera kerana maklumat yang saya terima, isteri saya sudah melahirkan anak bersama suami keduanya itu,” katanya.

Tiada ulasan: