"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anak Micheal Jackson Mahu Beli Neverland

Prince (kanan), Paris (kiri) dan Blanket (bawah)bakal 'merampas' semula Neverland yang pernah menjadi milik bapa mereka, Micheal Jackson.
DEMI maruah mendiang Raja Pop Dunia, Micheal Jackson, dua orang anaknya, Prince Micheal,13, dan Paris,12, sedang berjuang untuk mendapatkan kembali kediaman bapa mereka yang terletak di Neverland.
Malah mereka juga sanggup membeli kediaman itu yang bernilai RM350 juta ($50 juta pound).
"Paris dan Prince begitu rindukan Micheal dan mereka mempunyai pelbagai kenangan indah bersama bapa mereka di Neverland.
"Mereka juga tidak mahu kediaman itu menjadi milik orang luar. Tambah pula, mereka sedang merancang untuk membina taman komuniti serta pusat haiwan," kata satu sumber kepada Daily Mail.
Tambah sumber itu, anak ketiga Micheal iaitu Blanket, 7, sudah mula jatuh cinta dengan keunikan kawasan kediaman itu selepas melawat Neverland beberapa bulan lepas.
Ketiga-tiga anak Micheal bakal bergelar jutawan apabila mewarisi harta Micheal Jackson pada usia 21 tahun.
-mstar-

Tiada ulasan: