"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Strategi umum Baru Bian sebagai Ketua Menteri satu kesilapan ?

AlBanjari
Dalam Pilihanraya Negeri Sarawak 2006, Baru Bian bertanding diatas tiket SNAP. Baru mendapat 1589 undi, tewas kepada Balang Ringin (BN) yang mendapat 2064 undi. Baru Bian tewas dengan majoriti 475 undi. Selepas PRN 2006, SNAP menghadapi masalah dalaman dan Baru Bian menyertai PKR dan dilantik sebagai Pengerusi PKR Sarawak pada tahun 2009.

Caturannya, Baru Bian menang dan mendapat sokongan padu dari pengundi Dayak. Tetapi permainan strategi ini telah diguna baik oleh BN dengan melaungkan gambaran buruk kepada pengundi melayu Melanau dan pengundi beragama islam dengan memainkan sentimen agama bahawa Baru Bian itu seorang kristian dimana andai beliau menang, melayu islam akan hancur di Sarawak. 

Keputusannya, undi untuk 'Sarawak Baru' sekadar melekat dipapan catur. Dan BN melihat ini satu peluang. Apakah strategi umum Anwar untuk mengangkat Baru Bian sebagai Ketua Menteri satu kesilapan ? 

Dan akhirnya, PAS tewas di kesemua lima kerusi pilihan raya negeri Sarawak, PKR pula sekadar memenangi tiga daripada 49 kerusi yang ditandingi, manakala DAP mencatat keputusan terbaik apabila hanya tewas tiga dari 15 kerusi yang ditandinginya.

Jika diterjemahkan ia lebih baik daripada sebelumnya, namun belum cukup baik kecuali bagi DAP. Daripada segi jumlah pungutan undi yang diterima memang terbaik bagi Pakatan Rakyat, cuma momentumnya masih jauh untuk menawan Sarawak, landasannya telah terbina.

BN terima sejumlah 370,000 undi dan undi PR 250,000 undi. Tahniah !! benih PKR, PAS dan DAP mula tumbuh. Nanti akan tumbuh dan berbuah. Juga perlu diingat BN menabur RM1billion untuk kekal berkuasa.

Namun begitu memang jelas tampak perbezaan pemahaman dan penerimaan yang ketara antara politik di semenanjung dan politik di Sarawak.

Jika dilihat pada sambutan rakyat Sarawak, ia memang membanggakan namun realitinya ia belum dapat diterjemahkan menjadi undi untuk memenangkan Pakatan Rakyat memerintah Sarawak dari satu Dun ke Dun. Pada asasnya rakyat Sarawak masih menyokong kuat TS Taib Mahmud, meskipun ada sentimen anti-Taib tetapi ia sekadar berpusat di kawasan bandar, yang tentunya pemikiran pengundinya lebih terbuka dan mudah menerima serta bijak membuat analisa.

Bagi rakyat luar bandar pula, ia bersesuaian dengan budaya dan tradisi masyarakatnya yang santun dan penuh ketertiban untuk tidak menunjukkan sikap negatif terhadap tetamu. Lantaran itulah masyarakat luar bandar kelihatan bersikap menerima mana-mana parti sekalipun untuk berkempen kerana ia dilihat tidak merugikan mereka.

Bagi PAS, mungkin keadaan ini (menerima kunjungan dan bekerjasama) telah jelas disalahanggap bahawa rakyat telah bersama-sama dengan PAS khususnya. Di samping itu, PAS juga kelihatan seakan tidak bersedia pada peringkat awalnya dalam melaksanakan kempen-kempennya. Selepas hari penamaan calon, pergerakan jentera PAS agak tidak kelihatan dan perlahan.

Ini mungkin disebabkan kurang persediaan ataupun tergaman dengan mobilti yang agak sukar dan usaha menembusi sasaran juga terbantut kerana PAS di Sarawak sekadar namanya sahaja gah sebagai Badan Perhubungan, manakala tiada satupun penubuhan rangkaian peringkat kawasan.

PAS hanya mempunyai peringkat kawasan di daerah Sebuyau, manakala di empat kawasan kerusi yang ditandingi boleh dikatakan tiada langsung, sehinggalah ia ditubuhkan sewaktu peringkat kempen pilihan raya dijalankan.

Pemilihan calon PJ PAS Haji Adam Ahid untuk bertanding di kawasan Sebuyau juga merupakan satu kesilapan. Sungguhpun PJ berasal dari Sebuyau, namun beliau menetap di Sadong Jaya, calon yang lebih berkelayakan sepatutnya ialah Abang Eddee Alyani bin Abang Fauzi yang telah banyak melakukan gerak kerjanya di Sebuyau.

PJ juga dikatakan gagal menubuhkan walaupun satu cawangan di tempat tinggalnya iaitu di Sadong Jaya yang ditandingi oleh Abang Eddee Alyani.

Tiga kawasan baru yang ditandingi PAS kali ini merupakan kubu kuat BN yang memenangi kawasan itu dengan majoriti antara 2,000 hingga lebih 4,000 undi. Angka itu amat besar untuk ditandingi PAS. Cubaan PAS di Beting Maro dan Sadong Jaya sebelum ini juga gagal.

Pengumuman calon ketua menteri Pakatan Baru Bian - seorang Dayak - juga dilihat mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu dan Islam. Ia merencatkan kepercayaan pola pengundi rakyat Sarawak kepada Pakatan Rakyat yang cuba merubah perlantikan seorang Ketua Menteri dari kalangan Melayu kepada bukan Melayu.

Ia baik bagi DAP, dan mungkin PKR.. tetapi tidak elok untuk PAS

1 ulasan:

orgjitra berkata...

Assalamualaikum WM.
Cakap-cakap menawan Sarawak juga satu kesilapan. Mengurangkan majoriti lebih berkesan. Terima kasih