Mungkin kerana kesilapan kedua dua PKR dan Snap yang sama sama tamak, maka pengundi berbelah bahagi memihak kepada BN. Akhirnya keputusannya jelas dan nyata, keduanya rugi. Samada sesiapa yang keras kepala siapa yang tidak adalah soal lain, yang pasti rugi tetap rugi
BN memang boleh berbangga kerana dia menang banyak kerusi. Ini mungkin hasil dari persempadanan semula. Tetapi dari segi sokongan rakyat, jelas dan nyata rakyat telah menolak BN secara total. Dari keseluruhan jumlah pengundi yang melebihi sejuta orang, BN hanya mendapat lebih kurang 300 ribu undian penduduk Sarawak. Yang selebihnya adalah mengundi pembangkang, undi rosak ataupun yang tidak hadir.
Jelaslah di sini kenapa BN bermati matian yang dibantu oleh talibarutnya SPR, inginkan persempadanan semula kawasan pilihanraya.
SPR sangat marah dan geram bila khabar angin dari media alternatif mengatakan PR telah menang. Sementara muka pengarah SPR kembali ceria bila mengumumkan BN telah menang majoriti. Nyatalah SPR tidak menyebelahi mana mana pihak. SPR 'tidak menyebelahi mana mana pihak' yang lain, kecuali hanya satu pihak iaitu BN.
Perbuatlah apa sahaja, yang nyata 700 ribu dari pengundi Sarawak, telah tidak memilih BN. Syabas rakyat Sarawak.
1 ulasan:
yes BN JADI PEMERINTAH yes PAS tinggal HAMPAS
Catat Ulasan