KUCHING: KEADILAN akan memfail petisyen mencabar keputusan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) N65 Senadin berikutan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan melakukan kiraan semula untuk kerusi berkenaan
Calon KEADILAN, Michael Teo Yu Keng kalah tipis kepada calon BN, Lee Kim Shin dengan perbezaan 58 undi.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua kesal dengan keengganan pegawai SPR , Chai Ko Het untuk melakukan pengiraan semula undi di pusat penjumlahan undi di Miri semalam.
“Kami tidak berpuas hati. Dia tidak memberi kami alasan yang kukuh kenapa dia enggan (kira semula undi). Kita ada hak untuk (meminta kiraan semula),” kata Tian Chua ketika ditemui di pejabat KeadilanDaily, hari ini.
Pada malam sama semalam, Adrian Yeo, pembantu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong turut ditahan polis kerana turut sama tidak berpuas hati terhadap tindakan SPR yang enggan melakukan pengiraan semula undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan