Mohd Sayuti Omar
SEHARI dua ini saya agak sibuk sedikit sehingga tidak dapat memberi tumpuan kepada beberapa perkara termasuk mengenai perebutan jawatan dalam Pas. Jadi apabila saya membaca laporan potal berita yang sumbernya dipetik media cetak saya sedikit terkesima dan ingin mencari jawabannya.
Apa yang mengejutksan saya mengenai jumlah pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden Pas yang jauh tersasar dari apa yang saya ketahui.

Sebuah portal berita yang kurang mesra dengan Nasharudin Mat Isa melaporkan penyandang jawatan timbalan itu tercicir jauh dari segi pencalonan berbanding dengan Mat Sabu.
Laporanya, Nasharudin mendapat sekitar 40 pencalonan manakala Mat Sabu sekitar 70, satu perbezaan yang sangat jauh jaraknya. Ini tidak menghairankan saya kerana portal berita itu mengambil maklumat dari penyokong Mat Sabu dan bukan dari sumber yang bebas dan adil apa lagi dari "bilik gerakan" Nasharudin.
Portal berita juga kewibawanya boleh dipertikai. Semasa berlangsung pertanding merebut jawatan sama dua tahun lepas, belum apa-apa ia telah melaporkan Husam sudah menang. Semasa perkiraan undi berjalan portal berita itu telah menurunkan angka-angkanya.
Semua menjadi panik dan sudah ada segelintir penyokong Husam merayakan palsu itu dengan makan kambing panggang. Sebaliknya apabila keputusan diumumkan esoknya, keputsuan jadi sebaliknya. Nasharudin yang memenangi jawatan itu.
Berdasarkan kepada peristiwa itu rasanya semua orang kenal dan tahu akan agenda portal berita berkenaan. Apabila sesuatu media telah berpihak dalam membuat laporan maka akan timbullah sola renyok dan rebeh yang mana akhirnya akan memberi natijah yang tidak baik kepada orang yang didokongnya sendiri.
Mengenai jumlah pencalonan jawatan presiden ini saya nampak ianya sengit sebelah. Nampak sangat kedangkalan atau niat busuk media berkenana atau wartawan yang melaporkannya. Misalnya ada sebuah akhbar yang memetik lapora portal berkenaan telah menambah analisanya sendiri dan angka yang sungguh kurang cerdik dan mendalam.
Katanya, Nasharudin tidak mendapat sebarang pencalonan di Kelantan. Saya tidak tahu apakah media berkenaan arif dalam hal ini atau pun hanya memetik sumber jalanan saja, atau pun ditulis oleh wartawan kadet. Saya nak sebut apa yang saya tahu disini mengenai aliran pencalonan jawatan berkenaan.
Seminggu lepas saya balik ke Kelantan dan dalam kesempatan terhad dapat meninjau perjalanan mesyuarat Pas kawasan. Dalam tinjauan saya Nasharudin mendapat di antara empat hingga enam kawasan. Manakala Mat Sabu pula mendapat tidak lebih daripada empat kawasan. Tuan Ibrahim mendapat tidak kurang tiga kawasan.
Saya tahu persatu kawasan yang mencadangkan Mat Sabu, Nasharudin dan Tuan Ibrahim. Saya juga tahu kawasan yang terpksa mencadangkan Mat atas sebab-sebab tertentu dan tidak semua perwakilan bersetuju dengan Mat. Cuma apa yang media umum tahu hanya dua kawasan saja yang vokal mencadangkan Mat Sabu, Kubang Kerian dan Rantau Panjang. Ini tidak memelikkan kalau orang tahu hubungan Kubang Kerian dengan Rantau Panjang.
Jadi kalau ada media mengatakan Nasharudin tidak mendapat sebarang kawasan adalah pembohongan dan ia jelas laporan senget sebelah.
Begitu juga di lain-lain negeri. Di Pulau Pinang negeri Mat Sabu sendiri beliau hanya mendapat tiga saja pencalonan daripada 15 kawasan. Johor mungkin ketara bagi Mat Sabu tetapi ia juga tidak memulau langsung calon lain khasnya Nasharudin.
Diakui Perak Mat Sabu agak kedepan, tetapi sokongan di Perak itu dibunuh oleh Terangganu dan Kedah. Dikedua negeri ini Nasharudin mendepan Mat Sabu. Pulau Pinang Mat Sabu hanya dapat empat saja, daripada 15 kerusi. Nasharuddin memperoelhi empat kawasan di negeri ini.
Mat Sabu menguasi negeri Perlis mendapat dua dari tiga kawasan. Tetapi satu kawasan yang menyokong Mat Sabu hanya sandiwara saja, bukan semua perwakilan bersetuju.
Kedudukan setelah lebih 140 kawasan yang bermesyuarat ialah, Mat Sabu 59 kawasan, Nasharudin 53, Tuan Ibrahim 22, sementara Azizan Razak 4. Sama ada siapa yang mendahului dari segi pencalonan akan ditentu oleh kira-kira 30 kawasan yang masih belum membuat keputUsan untuk mencalon siapa.
Sekiranya kesemua kawasan itu mencalon Tuan Ibrahim ini bermakna Tuan Ibrahim akan memperolehi lebih 50 kawasan. Kedudukan ini seimbang dan memungkinkan akan berlaku kompromi. Saya percaya kalau berlaku kompromi ia akan menganiayakam Mat Sabu

Tiada ulasan:
Catat Ulasan