"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berita baik: Harga gula akan naik 20 sen bermula esok

azlan Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei).

Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.

"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.

Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan.

Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG). 

Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.

Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan "5-dalam-1. 

Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itu.
-malaysiakini-

1 ulasan:

azman kamarul berkata...

2 entiti yang disebutkan kenapa harga gula naik:
PERTAMA : Untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat
KEDUA:Harga gula di Indonesia , Thailand , Filipina dan Singapore lebih mahal dari kita walaupun dinaikkan 20 sen sekilogram.
INILAH BAHASA "BERPUAKA" YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHALALKAN KENAIKAN HARGA BARANG OLEH PUAK PEMMERINTAH YANG ZALIM INI.
MANAKAL ISTILAH "PENYELARASAN" ADALAH ISTILAH UNTUK MEMBODOHKAN RAKYAT SUPAYA SENTIASA MENGANGGUK DENGAN APA SAJA YANG PEMERINTAH BUAT WALAUPUN IANYA ZALIM DAN JAHAT!