Pepijat
Pandai PMNajib berlakon!. Setelah isu Kristian mengundang kemarahan rakyat termasuk sekutu UMNO, sekonyong-konyong PMNajib panggil paderi-paderi. Kononnya telah janji dua minggu lepas. Boleh percaya ke?
Melihat kepada kenyataan Hata Wahari, bahawa setiap minggu PMNajib bermesyuarat dengan Ketua Pengarang Utusan untuk tentukan agenda dan isu yang akan disiarkan oleh Utusan.
Ini membawa makna segala isu yang disiarkan oleh Utusan dibawah pengetahuan PMNajib.
Sebenarnya semua skrip ini adalah diatur oleh UMNO untuk melemahkan PAS, PKR dan DAP.
Isu video ditujukan kepada Anwar dan PKR.
Kemudian isu ajak PAS bersama UMNO bertujuan agar timbul kesangsian dan keraguan PKR dan DAP terhadap kesetian PAS dalam Pakatan.
Akhirnya ditimbulkan isu Kristian yang ditujukan kepada DAP agar orang Melayu benci kepada DAP dan benci kepada PAS kerana bersama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Sekarang lengkaplah "serangan perang saraf " terhadap PKR, DAP dan PAS.
Tentunya UMNO ada pelan kedua jika semua perang saraf itu menemui kegagalan.
Adakah pelan kedua akan lebih agresif dan ganas?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan