"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno Kini Hanya Ada Jasad,Tidak Ada Roh

Mohd Sayuti Omar
Hari ini Umno yang dilahirkan hasil gabungan beberapa persatuan dan Ngo telah genap 65 tahun. Generasi muda mungkin tidak sedar akan hal ini, bahawa Umno bukan satu entiti asal, tetapi ia adalah hasil gabungan pertubuhan dan persatuan Melayu yang menentang MalayUnion.

Umno adalah makhluk parasit yang menumpang nama atas tubuh sekumpulan orang lain. Dalam erti kata lain Umno hanyalah nama yang bergantung kepada beberapa batang tubuh yang lain. Hakikat Umno itu sendiri tidak ada.

Penyatuan membentuk Umno di atas satu semangat untuk menentang penjajah, selepas itu membentuk pemerintahan sendiri untuk menjaga agama, bangsa dan tanah air.

Kerana hakikat begitu maka siapa atau apa sebenarnya Umno itu boleh diragui. Diri Umno boleh dipertikaikan. Ia boleh dianggap sebagai hantu. Ia berbeza dengan Pas, yang lahir sebuah biro didalam Umno yang dianggotai oleh para alim ulama, ustaz dan tok lebai. Di sinilah Pas berupa, terbentuk ia lebih jelas daripada Umno. Perjuangan Pas itu tidak pernah lari dari maksud asal selari dengan kehendak agama dan aspirasi bangsa dan tanah air.

Sehebat mana Pas menyerang musuh tetapi parti itu masih mengawal aktiviti dan emosinya agar tidak melampau batas yang dimurih oleh agam dan dibeci oleh budaya bangsa.

Kerana parti yang dibina atas prinsip dan dasar Islam maka Pas tidak zalim dan melampau dalam menggalakan perjuanganya. Pas tidak menyalah gunakan kuasa dan bergerak di luar batas-batas keagamaan dan bangsa. Inilah bezanya Pas berbanding dengan Umno. Pas dikatakan kolot dan berfikiran sempit bila mengekalkan ciri-ciri itu, tidak mengapa kerana dengan kesempitan dan kekolotan itu Pas berjaya menjaga dirinya sebagai Islam dan Melayu.

Satu fakta penting mengenai Umno yang dilupai ialah, Umno tahun 1946 sudah tidak ada lagi. Ia mati pada tahun 1988 di tangan Mahathir. Umno yang ada hari ini adalah Umno baru yang telah meninggalkan pakaian Melayunya. Kalau melihat pembawaan dan lagak ahlinya hari ini rupa diri Umno itu sendiri ia jauh berbeza. Ia persis sudah terbalik dari hadapan ke belakang dari belakang ke hadapan.

Hakikat ini disedari oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan beberapa orang nasionalis. Kerana itulah apabila Umno dimatikan tahun 1988, tengku Razaleigh berusaha menghidupkan Umno yang dibentuk atas semangat asal semangat 1946. Apabila hari ini Tengku Razaleigh kembali semula ke dalam Umno ia tidak bererti Umno sudah pulih, tetapi pengembalian itu kerana Tengku Razaleigh tidak dapat melupai keseronokkan semasa dalam Umno. Umnolah yang meletakkan dia sebagai Menteri Kewangan bangsa Melayu pertama.

Umno dulu lebih harmoni dan profesional. Ahlinya di semua peringkat mementingkan persaudaraan. Umno dulu lebih bersifat keMelayuan yang tertib, tidak 'pongoh' dan tidak suka pakai kasut longgar. Kenyataan, cakap orang Umno dulu lembut, berlapik bukan seperti hari ini penuh dengan 'aji no moto' ego dan bongkak.

Boleh diperhatikan macam mana game politik yang berlaku hari ini. Macam mana Umno menyerang musuhnya Anwar Ibrahim. Apa yang kita tidak pernah terfikir, dilakukan terhadap Anwar. Ini bukan tuntutan dunia kepada perkembangan politik tetapi kerana makin kering dan pupusnya semangat Umno asal dan peri keUmnoannya.

Saya yakin sejahat-jahat Umno di zaman Tengku Abdul Rahman, Hussein Onn mereka tidak akan tergamak menyerang musuh sedeikian rupa sehingga sanggup meluka dan menitiskan darah kemaluan sesama sendiri. Semua perangai buruk Umno kini bermula selepas ianya dijaga dan dibentuk oleh Mahathir 1982. Pada saya orang yang memusnahkan tamadun Melayu salam siasah ialah Mahathir Mohamad.

Hari ini Umno ditangan Najib yang nampaknya berminat meneruskan kesadisan yang diilahmkan Mahathir Mohamad. Mahathir masih menaungai politik Najib. Najib percaya kepada politik ala-ala Mahathir. Walaupun Abdullah Ahmad Badawi cuba mengembalikan sifat Umno sebenar yang harmoni dan mahu menjalinkan persaudaran, tetapi Najib nampaknya tidak terliur kepada pendekatan Abdullah itu.

Sebab itulah Abdullah membebaskan Anwar kerana dia mahu pulihkan maruah orang Melayu yang dihitamarangkan oleh Mahathir. Sayang usaha Abdullah itu dihalang sebegitu rupa oleh Mahathir sehingga Abdullah hanya sempat jadi PM sekadar empat tahun saja.

Di sini, kalau Najib terus bermain dengan banyak api yang dinyalakan Mahathir dalam poltiik bagi mengekalkan kuasanya, dibimbangi beliau tidak akan terdaya melawan api. Apa yang terbaik dibuat Najib ialah banyak menggunakan pendekatan diplomasi. Buanglah tektik-tektik jahat yang hanyir itu kerana ia tidak sesuai dengan selera orang Melayu. Percayalah kejahatan tidak akan berjaya mengatasi kebaikan.

Kalau kita benar, kebenaran itu akan hadir tanpa kita menimbulkan kejahatan orang lain! Apakah setelah Umno berusia 65 tahun yang sudah kehilangan roh akan dipakaikan semula dengan samping dan selendang Melayu untuk mengembalikan roh ke dalam jasad Umno.

Tiada ulasan: