"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Akaun Swiss Taib disiasat Finma

NONE
Sebuah badan kawal selia Switzerland sedang menyiasat dakwaan aset haram yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang tersimpan di akaun bank di negara tersebut.

Perkara ini disahkan oleh Swiss Financial Markets Authority (Finma) pada 10 Mei lalu kepada sebuah NGO berpangkalan di Basel, Dana Bruno Manser (BMF) dan salinannya diberikan kepada Malaysiakini melalui kenyataan akhbarnya malam semalam.

Surat itu dikatakan sebagai jawapan oleh President Switzerland Micheline Calmy-Rel yang menerima laporan mengenai Abdul Taib daripada BMF.

Dalam surat bertarikh 8 April kepada BMF, Presiden Calmy-Rel berkata beliau telah membaca dan melihat laporan itu dengan penuh minat.

"Kami telah membaca dengan minat huraian lengkap anda mengenai Abdul Taib Mahmud dan juga rombongannya berserta hubungan mereka dengan Switzerland.

"Memandangkan (Finma) mengamalkan penyeliaaan pusat ke atas bank-bank, syarikat insurans, bursa saham, sekuriti dan badan-badan kewangan lain, kami telah mengajukan surat anda kepada Finma,” katanya.

Ditubuhkan pada 2007, Finma adalah badan kawal selia bebas dari segi fungsi dan kewangan daripada kerajaan pusat dan melapor terus kepada parlimen negara itu.

Dalam suratnya, Calmy-Rel berkata undang-undang Switzerland membenarkan aset yang berpunca daripada kegiatan jenayah dikembalikan kepada negara asal.

Katanya lagi, undang-undang negara itu juga membolehkan kerajaan membekukan aset berkenaan mengikut budi bicara mereka dan membantu dalam kes-kes mahkamah yang membabitkan pencurian aset.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: