"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sabotaj kereta, pemandu Anwar buat laporan polis

KUALA LUMPUR: Pemandu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim selama 28 tahun, Abdullah Sani Said akan membuat satu laporan polis di Balai Polis di Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 petang hari ini.


Beliau membuat laporan itu kerana mengesyaki ada usaha jahat pihak tertentu mensabotaj kenderaan yang biasa digunakan  Anwar dan keluarga.
Malah satu kemalangan telahpun berlaku pada 19 April  yang lalu.
Sani ketika dihubungi Keadilandaily.com berkata,  kejadian itu hampir mendatangkan kemalangan ketika kereta itu dinaiki Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Ketika itu beliau memandu membawa Wan Azizah  pulang dari satu program KEADILAN di Chemor, Perak.
“Masa balik dari Chemor dan kereta saya nak potong lori, tiba-tiba pemegang brek caliper terbuka (tercabut). Skru tercabut. Bila ia terbuka, kereta bergegar. Tuhan punya kuasa, mujur tidak kemalangan.
“Selama 28 tahun saya menjadi pemandu Datuk Seri, perkara ini tak pernah berlaku,” katanya yang turut mempunyai bukti gambar bahagian brek tersebut.
Menurut Sani, apabila membawa kereta itu ke bengkel, beliau diberitahu oleh mekanik bahawa salah satu skru pada brek kereta Mercedes model S350 itu, tercabut.
“Kereta ini kali terakhir di hantar ke bengkel bulan 10 tahun lepas, kalau brek longgar pasti ia berbunyi,” kata Sani.

Tiada ulasan: