"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nafi surat kerakyatan: Dah salah, Umno cuba tutup- Zuraida


Zuraida dan Khalid Jaafar (kiri) membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Sentosa, Bukit Beruntung pagi tadi
KUALA LUMPUR:  Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin berkata, penafian Umno berhubung tindakannya memberi kerakyatan kepada warganegara Indonesia untuk meningkatkan undi, sudah dijangka.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Umno Hulu Selangor, Mohamed Idris Abu Bakar bahawa surat meminta kewarganegaraan tersebut yang dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien adalah palsu.
Hari ini, Zuraida turut hadir bersama Anggota Majlis Pimpinan Pusat, Khalid Jaafar di Balai Polis Bukit Sentosa, Bukit Beruntung untuk membuat laporan polis berhubung isu itu.
Bercakap kepada Keadilandaily.com, Zuraida berkata ia sememangnya satu kelaziman apabila Umno berusaha membuat penafian untuk menutup sesuatu kesalahan yang telah mereka lakukan.

‘Biasa lah, selepas nafi mereka akan cover-up apa-apa yang mereka sudah lakukan. Kita sudah buat laporan polis. Malah, surat yang kita tunjukkan semalam itu juga lengkap dengan angka rujukannya” kata Zuraida yang juga Ketua Wanita KEADILAN.
Zuraida seterusnya berkata beban pembuktian sama ada surat itu palsu tidak timbul kerana laporan polis sudah pun dibuat hari ini.
” Jadi bukan tugas kita untuk memeriksa sama ada ia sepadan atau tidak dengan surat dalam rekod KDN. Samada palsu atau tidak biar polis selesaikan siasatan mereka dahulu,” tegas Zuraida.
Semalam, Zuraida membongkar surat berkenaan, yang ditulis Mohamed Idris kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien untuk memohon  kelulusan mendapatkan status warganegara Malaysia (PR) terhadap kira-kira 2,000 warga Indonesia.
Ia bagi kawasan Parlimen Hulu Selangor, di percayai untuk tujuan meningkatkan undi Umno di bahagian itu.
Zuraida menyifatkan tindakan terbaru itu menunjukkan Umno khususnya di Selangor terlalu terdesak untuk merampas semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum akan datang.

Tiada ulasan: