"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemimpin UMNO tonton video seks bersama isteri

Selatanonline
Umno menyambut ulangtahun ke 65nya semalam dalam keadaan masih taksub dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau sudah 13 tahun meninggalkan parti itu .


Serangan ke atas Ketua Pembangkang itu menjadi tumpuan utama di Pusat Dagangan Dunia Putra dengan perwakilan diberikan naskah percuma buku berjudul Tuhan, Politik dan Seks' yang menfitnah Anwar dengan tuduhan jijik, menggunakan bahasa lucah.

Buku setebal 555 halaman adalah hasil penulis upahan Syed Hussein Al Attas. Ia diberikan kepada semua hadirin sebagai cendermata yang dimasukkan dalam sebuah beg.

Pada muka hadapan buku itu tertera gambar palsu Anwar yang berambut panjang perang, bergincu serta berkuku merah dan lasa bel “18SX”.

Turut dihentam dalam bukunya ialah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Syed Hussein memperuntukan satu bab dengan tajuk “Nik Aziz: Ulamak Nyanyuk”.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan memberitahu hadirin di satu forum bahawa beliau dan isterinya menonton video lucah Datuk T dan “yakin” pelaku itu adalah Anwar.”

Maslan tidak menerangkan keperluan beliau mengajak isterinya untuk sama-sama menonton video lucah 21 minit itu.

“Saya telah saksikan video itu dan yakin pelaku dalamnya adalah Anwar,” kata Ahmad Maslan di depan beberapa ulama Umno yang menyertai sebuah forum sempena ulangtahun ke 65 parti itu.

Sebelum itu ulama muda Fathul Bari Mat Jahya berkata dakwaan fitnah ke atas pemimpin politik melalui penyebaran rakaman video seks tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bertentangan dengan prinsip Islam.

Fathul berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu adalah dosa besar dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno.

"Kita sepatutnya menutup keaiban manusia dan bukan membukanya," kata beliau.

Namun segala pengamatan Fathul itu ditolak oleh Ahmad Maslan yang mendakwa Umno tidak terlibat dalam fitnah sebegitu.

Namun Ketua Penerangan itu alpha dan tidak menerangkan kenapa buku seks Syed Hussein yang menfitnah Anwar diberikan kepada perwakilan Umno.


Ulasan Tok
Sifat orang munafik memang begitu. Mulut kata sayang Islam tapi hukum Islam di sepak ke dalam longkang. Semalam kata lain hari ini buat lain. Memang patut Umno ni parti orang munafik, munafik pada diri, keluarga, bangsa, negara dan agama. 

Tiada ulasan: