"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr M Mahukan Umur 100 tahun Untuk Bertaubat.

BayangDiAir
Antara tujuan Allah memanjangkan umur seseorang ialah untuk memberi peluang manusia bertaubat. Kalau dah hidup jahat 50 tahun sejak baligh, gunakan umur subsidi untuk muhasabah dan mencari husnul khatimah. Tetapi nampaknya tidak dengan Dr Mahathir yang penuh sejarah kata-katanya menghina Nabi s.a.w. dan hukum hudud serta mentafsir Islam sesuka hati. Umur dah 80 tahun lebih. Tidak nampak riak mahu insaf. Sungguh sayang umur subsidi dibazirkan, peluang insaf dan taubat dikesampingkan. Malah kejahatan belum nampak sampai ke penghujungnya. 

  Terbaru, kata Dr M, “PAS berjuang untuk DAP”. Satu kata-kata sama ada menggambarkan nyanyuk, berniat jahat atau kecewa kerana PAS memberi kekuatan kepada Pakatan Rakyat. Nyanyukkah si tua ini? Mungkin juga kerana usianya dah lanjut benar. Beberapa kenyataannya mutakhir ini memperlihatkan dia telah lupa fakta yang berlaku dua tiga puluh tahun dulu. Kita maafkanlah orang nyanyuk. Sudah terangkat kalamnya.

Berniat jahatkah si tua ini? Tidak . Dia berniat jujur. Dia mahu PAS berhenti daripada berkawan dengan DAP. Dia dah kemaruk sangat agar PAS keluar daripada Pakatan Rakyat. Dia nak PAS berjuang untuk Islam. Biar PAS kembali menyuarakan Negara Islam dan hukum hudud. Senanglah dia keluarkan taring untuk tentang Negara Islam dan hukum hudud macam masa muda-muda dulu. Itu saja motifnya. Itulah niat baik bagi ‘spin doctor’  ini.

Mungkin juga Dr. Mahathir telah kecewa ‘frust menungging’ kerana habis daya dibuat oleh UMNO agar PAS bersatu dengan UMNO. Bagi Dr. Mahathir, selagi PAS bersama Pakatan Rakyat, selagi itulah dia tidak dapat tidur lena bersama dengan Dr. Siti Hasmah. Gabungan PAS-PKR-DAP mampu meranapkan hegemoni UMNO-BN dalam PRU-13 nanti. Dia rasa tidak selamat. Kes-kes bail-outnya, penyelewengannya , kes mata lebam DS Anwar Ibrahim dan bermacam-macam ‘khazanah hitam’ yang dikumpulnya dalam tempoh 20 tahun kekuasaannya, akan mengancam sisa-sisa nyawanya.

Kesimpulannya, rakyat perlu faham mengapa Dr. M beranggapan PAS berjuang untuk DAP. Tidak lebih tidak kurang hanya dengan tiga kemungkinan itu sahaja. Dr. M terus dihantui oleh dosa-dosanya. Dia bukan mahu bertaubat daripada dosa dalam usia subsidinya. Mungkin dia mahu bertaubat apabila mencecah umur 100 tahun. Sebelum umur 100 tahun, dia masih gagah untuk berbuat dosa melalui lisan dan tulisannya. Sayangnya nasib seorang negarawan yang rumah kata pergi, kubur kata mari. Kata Labi, “nasib engkaulah Labu”. Bukankah begitu wahai mantan PM-ku?

Tiada ulasan: