"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pakatan bawa Buku Jingga, Umno bawa buku lucah- Azmizam


KUALA LUMPUR: Berbanding Pakatan Rakyat yang mengajukan Buku Jingga sebagai manifesto, Umno pula sibuk dengan  tabiat buruk mereka menawarkan ‘Buku Lucah’  kepada rakyat, kata Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Azmizam Zaman Huri.
Menurutnya, Umno yang dipimpin Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak kini semakin tersepit, hilang punca dan ketandusan idea sehingga sanggup meneruskan budaya politik tohmah dan fitnah terhadap saingan politik mereka.
“Ini sahaja jalan buat mereka untuk menutup kelemahan. Ketika Pakatan Rakyat menawarkan dasar sosio ekonomi yang lebih baik, Umno lebih cenderung untuk mengalihkan permasalahan sebenar rakyat dengan cerita-cerita lucah mereka.
“Perkara ini tidak menghairankan, kerana ini memang budaya politik Umno,” kata Azmizam kepada Keadilandaily dalam reaksinya berhubung pengedaran buku berjudul ‘Tuhan, Politik dan Seks’ kepada perwakilan Umno pada sambutan ulang tahun ke-65 parti itu semalam.
Buku setebal 555 muka yang dikarang  penulis yang sering dilabel sebagai penulis politik upahan, S H Alattas itu merupakan satu lagi bentuk serangan ke atas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Terbaru, kata Azmizam, pihaknya turut menemui puluhan cakera video lucah yang kononnya dikaitkan dengan Anwar dipercayai disebarkan di sekitar kawasan Seri  Muda dan Pelabuhan Klang, sehari selepas kejadian gangguan ceramah oleh polis di Taman Telok Gadong, Klang Sabtu lalu.
“Jelas menunjukkan isu yang tidak relevan ini dipaksakan kepada minda orang Melayu. Dalam masa yang sama mereka berlakon menjadi tokoh moral dan perpaduan,” katanya.
Tambah beliau, Umno kini sedang giat melancarkan perang psikologi terutama kepada orang Melayu dengan taktik menimbulkan keraguan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.
Ancaman Kristian katanya, digembar gemburkan dan disiar menerusi lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia, namun percubaan untuk melaga-lagakan rakyat Malaysia dengan isu sensitif itu ternyata gagal.
“Umno yang mencetuskan keributan, kemudian mereka pula menjadi ‘jaguh’ kepada masalah yang ditimbulkan sendiri. Ini taktik lama dan rakyat telah faham,” katanya.
Justeru itu, katanya, Umno menggunakan pelbagai helah dan penipuan sebagai cara baru untuk mendapat sokongan rakyat khususnya di negeri Pakatan seperti Selangor.
“Baru-baru ini, dalam senarai pemilih kita menemui banyak nama penduduk yang berasal dari Sabah di beberapa buah rumah, termasuk Ketua dan Setiausaha Umno cawangan di dalam Dun Seri Muda.
“Apa maknanya semua ini? Apakah mereka terlalu takut kehilangan kuasa sampai sanggup melakukan penipuan?” soalnya.

1 ulasan:

aidono berkata...

berapa ringgit s.h alatas bawah ni dibayor ameno. Dah tua tak ingat nak mampos.. INGAT s.h alatas bawah.. malaikat maut 70kali sehari datang ziarah kita.

harap2 kamu sempat taubat sebelum nyawa sampai halkum.