"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pendedahan Pemuda PAS : Individu terbabit akan MUNCUL?

Sofi Wahab



Pada pandangan saya, keputusan Dewan Pemuda PAS Pusat meminta individu di bawah ini muncul untuk mengesahkan mereka ujud dan bukannya klon tidak begitu berkesan

Saya tidak hairan kesemua mereka akan muncul dengan Kad Pengenalan masing-masing. Maksudnya Jumaayah Bin Alus yang pertama dan yang seorang lagi akan muncul dengan Kad Pengenalan masing-masing.

Ini kerana Kad Pengenalan tersebut boleh dibuat bila-bila masa kerana pihak berbabit ada kuasa dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menunjukkan dakwaan Pemuda PAS adalah bohong.

Begitu juga dengan Sainam Binti Tukisan dan yang lain-lain, mereka berdua boleh muncul dengan Kad Pengenalan masing-masing. Bukan susah sangat untuk mengeluarkan Kad Pengenalan kerana kerja seumpama ini sudah lama berlaku di Malaysia, malah ada pegawai-pegawai yang ditangkap kerana isu ini.

Apa lagi yang Pemuda PAS hendak katakan jika pada setiap kali nama pengundi-pengundi kontroversi ini keluar maka setiap kali itulah juga empunya diri tampil dengan Kad Pengenalan masing-masing.

Jadi saya rasa pihak terbabit bergerak sepantas kilat untuk mengeluarkan

1. Jumaayah Bin Alus. Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 511122105834 dan 511122105754. Kedua-duanya dibezakan pada digit ke-10 dan ke-11.

2. Sainam Binti Tukisan: Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500307105490 dan 500307105474. Kedua-duanya di bezakan pada digit ke 11 dan 12 sahaja.

3. Katimah Binti Kadni: Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500808015282 dan 500808015290. Kedua-duanya dibezakan oleh digit ke-11 dan ke-12

4. Nesam Banu Bt Mohammad Fahmi: Identiti ini adalah pengundi pos. Nombor tenteranya adalah T373594 dan T375594. Kedua-dua nombor tentera ini dibezakan pada digit ke-4 sahaja.

5. Lanuddin Bin Ngah Mat Nasir: Identiti ini adalah undi pos dan memiliki dua nombor keanggotaan polis iaitu RF107781 dan RF107881. Kedua-dua nombor keanggotaan ini dibezakan pada digit ke-6.

Mungkin kesemua 10 orang yang berkongsi nama ini akan keluar dengan bukti kukuh bagi mengesahkan bahawa nama mereka sama cuma dibezakan 2 digit pada Kad Pengenalan.

Pihak musuh boleh buat apa sahaja kerana mereka akan kuasa dan pangkat.

Tiada ulasan: